Naomi Campbell Pernah 'Culik' Kate Moss

Diterbitkan: Selasa, 3 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kate (kiri) dan Naomi telah menjalinkan persahabatan sejak tahun 1993.
Kate (kiri) dan Naomi telah menjalinkan persahabatan sejak tahun 1993.

SUPERMODEL terkenal Naomi Campbell mengakui pernah 'menculik' rakan modelnya iaitu Kate Moss dan membawanya ke Dublin.

Daily Star melaporkan, Naomi membuat tindakan itu semasa mula-mula berjumpa dengan Kate yang baru berjinak-jinak dalam dunia modeling suatu ketika dahulu.

"Saya diperkenalkan dengan Kate semasa dia mula-mula menjadi model dan saya terus culik dia untuk ke Dublin menemani saya bercuti.

"Sebelum itu kami singgah di Paris untuk berjumpa dengan Christy Turlington sebelum kami semua bercuti bersama," katanya.

Model berusia 43 tahun itu berkata, semenjak kejadian itu dia telah menganggap Kate sebagai ahli keluarga dan sentiasa melindunginya.

"Dia seperti adik kecil saya dan kami sangat serasi bersama," ujarnya yang terkenal dengan sikap panas baran itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan