Suria FM Sediakan RM50 Ribu Bantu Pendengar Bayar Hutang

Diterbitkan: Ahad, 1 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Barisan penyampai radio Suria FM, Bob Ringgo, Wan Ajaib dan Adibah Nor. Foto YAP CHEE HONG
Barisan penyampai radio Suria FM, Bob Ringgo, Wan Ajaib dan Adibah Nor. Foto YAP CHEE HONG

PETALING JAYA: Stesen radio Suria FM mengeluarkan bajet sebanyak RM50,000 demi membantu pendengar-pendengar bertuah membayar hutang menerusi kempen 'Suria Bayarkan'.

Ketua Bahagian Program Suria FM, Adiwati Zainuddin berkata, bantuan hutang yang dibuat termasuklah bil utiliti, telefon, kad kredit termasuklah bil membeli belah.

"Idea ini sengaja dicetuskan selepas mendapat keluhan pedengar mengenai hutang bil yang perlu dijelaskan.

"Jadi bagi menghargai para pendengar, kami sengaja mengeluarkan sejumlah bajet untuk membantu sesiapa yang bertuah dengan nilai pelaburan kami sebanyak RM50,000," katanya yang ditemui pada acara Hari ABC (A Bit Charity) di The Square, Publika pada Sabtu.

Tambah Adiwati, kempen tersebut akan bermula 2 September ini dan berakhir pada 29 September 2013 dimana para pendengar perlu mengisi borang dan memuat naik gambar bil-bil yang mahu kami jelaskan di laman web Suria FM iaitu www.suriafm.com.my.

Kemudian, pendengar perlu mengikut segmen Ceria Pagi, Ceria Suria atau Santai Ceria dan Ceria Petang untuk mendengar jika nama diumumkan oleh penyampai. Dan pendengar diberi masa 15 minit untuk menelefon Suria FM menerusi talian 03-77242115 dengan mejawab soalan ringkas berkaitan stesen radio tersebut.

Sementara itu, mengenai Hari ABC, ia merupakan sebuah acara kebajikan mengutip dana bagi Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak yatim Al-Nasuha dan Angels Childrens Home di bawah Kumpulan Radio The Star iaitu Suria FM, Red FM, 988 dan Capital FM.

"Pada mulanya kami menyasarkan sebanyak RM23,000 kutipan menerusi pembelian kupon oleh pengunjung dan Alhamdulillah kami berjaya mengumbul lebih daripada sasaran iaitu RM27,000.

"Walaupun hujan lebat, tetapi dianggarkan lebih 5,000 pengunjung yang hadir memeriahkan acara ini," ujar Adiwati.

Dalam pada itu, penyampai-penyampai empat radio berkenaan turut menghiburkan pengunjung dengan persembahan khas masing-masing.

Pelbagai aktiviti menatik turut berlangsung seperti jualan amal dan acara permainan.

Selain itu, barisan artis seperti Prema Yin, ferhad, Nadhira, Reshmoun, Shawn Lee dan Chelsia Ng turut memeriahkan acara dengan persembahan mantap mereka.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan