Penyanyi Rap Perlu Ada Idea - Altimet

Diterbitkan: Jumaat, 30 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Altimet
Altimet

PETALING JAYA: Seseorang penyanyi rap yang mahu kekal dalam dunia muzik tempatan tidak boleh menghasilkan lagu mengikut trend sebaliknya perlu mempunyai idea yang lebih baik berbanding peredaran muzik yang ada kini.

Altimet atau nama sebenarnya Ahmad Abdul Rahman, 35, berkata, konsep itu turut digunakan bagi mengekalkan kerjayanya sebagai penyanyi rap dan sentiasa menyuntik elemen baharu pada karya lagu yang dihasilkan.

"Kita sedia tahu bahawa industri muzik tempatan menjadi hit mengikut trend genre yang diminati masyarakat.

"Kerana itu, penggiat muzik ‘hip-hop’ tidak boleh mengharapkan 'trend' sebaliknya perlu mempunyai sebuah karya yang melampaui 'trend, barulah boleh kekal tanpa risau dengan kejatuhan karier.

"Dan sekiranya muzik ‘hip-hop’ tidak lagi menjadi 'trend', kita tidak perlu risau kerana mempunyai produk lagu yang bagus untuk diperdengarkan kepada masyarakat," katanya kepada mStar Online.

Tambah Altimet, memandangkan muzik ‘hip-hop’ kini kembali menjadi pilihan utama, penggiat muzik genre tersebut perlu mengambil peluang itu untuk menghasilkan pelbagai lagu menarik untuk diperdengarkan umum selain dapat memperkenalkan nama dan bakat masing-masing.

Sementara itu, Altimet meluahkan rasa gembira apabila lagu ciptaannya bersama komposer Omar K berjudul Kalau Aku Kaya nyanyian bersama Awi Rafael menjadi hit dan mendapat carta tertinggi di semua stesen radio tempatan.

Beritahu Altimet, lagu tersebut sepatutnya disiarkan selepas sambutan Aidilfitri namun pihak stesen radio telah menyiarkan lebih awal daripada perancangan asal.

"Kalau nak diikutkan perancangan pemasaran, lagu baharu akan diberikan lebih awal dan selepas tiga bulan barulah pihak radio akan siarkan lagu tersebut.

"Tetapi lain pula dengan Kalau Aku Kaya, mereka (radio) sukakan lagu tersebut dan terus memutarkannya dengan lebih awal.

"Walaupun kecewa sedikit pada mulanya kerana proses pemasaran kami sedikit lari, tetapi tidak apa, saya bersyukur kerana semua orang meminati lagu tersebut. Maka saya akan keluar dengan karya seterusnya pula," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Altimet bakal muncul dengan dua buah album iaitu solo dan duet bersama DJ Fuzz dalam masa terdekat ini.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan