'N Sync Tidak Berhasrat Adakan Konsert Reunion

Diterbitkan: Jumaat, 30 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kumpulan 'N Sync kembali bergabung pada persembahan di Anugerah MTV pada Isnin lalu.
Kumpulan 'N Sync kembali bergabung pada persembahan di Anugerah MTV pada Isnin lalu.

KUMPULAN terkenal pada tahun 1990-an iaitu 'N Sync tidak bercadang untuk mengadakan konsert ‘reunion’ dalam masa terdekat ini walaupun persembahan mereka pada Anugerah MTV pada Isnin lalu mendapat sambutan hangat penonton.

Salah seorang anggotanya, Lance Bass memberitahu kemunculan bersama itu disifatkan sebagai bertemu rakan lama dan mahu berseronok di atas pentas pada majlis anugerah itu.

Selain Lance, 'N Sync juga turut dianggotai oleh Justin Timberlake, JC Chasez, Joey Fatone dan Chris Kirkpatrick.

Pada Anugerah MTV itu mereka mempersembahkan dua buah lagu popular mereka iaitu Girlfriend dan Bye Bye Bye sebagai sebahagian daripada persembahan Justin pada acara berkenaan.

Lance berkata, jika mereka bercadang untuk mengadakan konsert ‘reunion’ pada masa hadapan perkara itu akan diumumkan kepada semua peminat mereka.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan