Shuhaimi Baba Anggap KM Pulau Pinang Berfikiran Sempit

Diterbitkan: Khamis, 29 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Shuhaimi Baba
Shuhaimi Baba

PETALING JAYA: Penerbit dan pengarah filem, Datin Paduka Shuhaimi Baba membidas Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan menganggap Ketua Menterinya, Lim Guan Eng sebagai berfikiran sempit kerana gagal membezakan karya seni dengan politik.

Shuhaimi atau lebih mesra dipanggil Shumi berkata, tindakan Lim melarang filem Tanda Putera daripada ditayangkan di pawagam seluruh negeri itu sebenarnya menjadikan karyawan seni sebagai mangsa politik.

"Jika betul dia (Lim Guan Eng) ingin menyekat tayangan filem tersebut di negeri itu, ia adalah sesuatu perkara yang tidak matang dan bersikap prejudis.

"Beliau seharusnya dapat membezakan politik sempitnya dan industri kreatif negara," katanya kepada mStar Online, dalam satu kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini, Rabu.

Shumi diminta mengulas langkah kerajaan negeri Pulau Pinang pada Rabu yang meminta semua pengusaha panggung wayang di negeri itu tidak menayangkan filem kontroversi, Tanda Putera.

Lim mendakwa filem itu mempunyai adegan yang boleh mencetuskan provokasi apabila beberapa pemuda Cina dipaparkan membuang air kecil di perkarangan rumah Menteri Besar Selangor serta di satu bendera Malaysia.

Tambah Shumi, jika pihak pawagam menyekat tayangan filem tersebut tanpa persetujuan pihaknya, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) boleh mengambil tindakan menarik balik lesen pawagam kerana filem berkenaan berada di bawah Skim Wajib Tayang (SWT).

"Setakat ini kita tidak ubah apa-apa dan tayangan di Pulau Pinang akan diteruskan kerana filem ini di bawah Skim Wajib Tayang.

"Bagi pawagam yang menarik balik tayangan tanpa sebarang persetujuan daripada pihak kami atau Finas, tindakan menarik balik lesen pawagam boleh kenakan," katanya.

Tanda Putera memaparkan kisah Perdana Menteri kedua iaitu Tun Abdul Razak Hussein (Rusdi) dan timbalannya Tun Dr Ismail Abdul Rahman (Zizan) berusaha memulihkan negara susulan peristiwa pergaduhan antara kaum pada tahun 1969.

Filem yang dihasilkan pada tahun 2011 itu bagaimanapun tidak diluluskan oleh jemaah Menteri yang membuat keputusan menangguhkan tayangannya kerana dikatakan terdapat adegan yang tidak bersesuaian dan dikhuatiri boleh menimbulkan konflik di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Tanda Putera diterbitkan oleh Pesona Pictures Sdn Bhd dan Finas dengan kerjasama Multimedia Development Corporation (MDeC).

Ia ditayangkan ke seluruh negara bermula Khamis.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan