Sertai Pertandingan 'Rising Star' Untuk Rakam Lagu Yuna

Diterbitkan: Khamis, 29 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Syarikat akhbar Star Publications (M) Berhad mengalu-alukan penyertaan peminat dunia hiburan untuk menyertai pertandingan Rising Star bagi merebut peluang memenangi wang tunai dan merakamkan lagu Yuna untuk diputarkan di radio.

Jurucakap penganjuran majlis itu berkata, pertandingan yang mempertaruhkan dua kategori iaitu solo dan duet serta kumpulan muzik (band) itu adalah bertujuan untuk melahirkan penyanyi yang benar-benar berbakat di kalangan remaja.

Katanya, ia juga adalah batu loncatan kepada golongan berkenaan menunjukkan kemahiran masing-masing untuk dinilai oleh Yuna, artis yang berjaya mengembangkan sayapnya ke Amerika Syarikat.

“Pertandingan ini dibuka kepada mereka yang berumur dari 13 hingga 30 tahun secara solo, berduet ataupun untuk mereka yang mempunyai band,” katanya kepada mStar Online.

Tiga lokasi telah dipilih untuk Rising Star ini melibatkan zon Utara, Tengah, Selatan manakala peringkat akhir pula akan diadakan di KL, Live dekat sini pada 24 November 2013.

Lokasi uji bakat ialah Gurney Plaza, Pulau Pinang pada 21 September 2013, Terminal One, Seremban, Negeri Sembilan (12 Oktober 2013) dan Berjaya Times Square, Kuala Lumpur (19 Oktober 2013). Ia akan bermula dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.

Lebih menarik, mereka yang tinggal jauh dari lokasi uji bakat boleh menghantar video nyanyian masing-masing menerusi laman www.risingstar.my untuk dinilai. Seramai 12 peserta akan dipilih untuk ke peringkat akhir.

Peserta uji bakat dikehendaki membawa minues one masing-masing manakala bagi pertandingan secara kumpulan, pihak penganjur menyediakan peralatan muzik bagi memudahkan mereka membuat persembahan.

Pemenang tempat pertama bagi kedua-dua kategori akan menerima hadiah berupa wang tunai RM5,000 serta barangan lain bernilai RM500. Kedua-dua pemenang juga diberi pilihan untuk merakamkan sebuah lagu Yuna untuk diputarkan menerusi saluran radio Red FM.

Tempat kedua melayakkan pemenang menerima wang tunai RM3,000 dan barangan bernilai RM500 manakala tempat ketiga pula RM2,000 serta barangan bernilai RM500.

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut boleh layari www.risingstar.com.my

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan