'Psiko Pencuri Hati' Ada Kaitan Dengan Hidup Nam Ron

Diterbitkan: Khamis, 29 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nam Ron mengakui sebahagian pengisian filem Psiko Pencuri Hati ada kena mengena dengan kisah silamnya.
Nam Ron mengakui sebahagian pengisian filem Psiko Pencuri Hati ada kena mengena dengan kisah silamnya.

PETALING JAYA: Pelakon dan pengarah, Nam Ron mendedahkan filem pertama arahannya berjudul Psiko Pencuri Hati sangat terkesan kerana ada kaitan dengan kisah hidupnya.

Nam Ron atau nama sebenarnya Shahili Abdan, 43, berkata, dia yang pernah mengalami depresi suatu ketika dahulu telah menggunakan pengalaman tersebut bagi menguatkan jalam cerita filem berkenaan.

"Hampir 60 peratus isi filem ini adalah tentang pengalaman hidup saya sendiri yang pernah mengalami depresi sehingga ingin terjun bangunan selain pernah melintas jalan sehingga hampir dilanggar tetapi bukan sampai tahap membunuh.

"Elemen-elemen itu saya terjemahkan dalam filem ini atas nasihat seorang kenalan dan nyata ia lebih mudah dizahirkan kerana saya pernah mengalaminya sendiri," katanya kepada mStar Online.

Filem yang bakal ditayangkan pada 5 September ini membariskan pelakon seperti Sharifah Amani, Bront Palarae, Amerul Affendi dan Syed Hussein Syed Mustafa (Sein).

Dalam pada itu, Nam Ron berkata, keunikan filem berkenaan apabila ia tidak mempunyai skrip sebaliknya dihasilkan sendiri oleh semua pelakon semasa sesi latihan.

Jelas Nam Ron, melalui cara itu setiap pelakon dapat mendalami karakter dan watak masing-masing dengan lebih mendalam dan dia berpuas hati dengan persembahan pemain-pemain filem itu.

"Skrip asal ditulis oleh saya dan Ayam Fared dan semasa latihan kita olah semula dengan bantuan-bantuan pelakon bagi menghidupkan lagi jalan ceritanya.

"Semua dialog yang bakal anda dengar dalam filem itu adalah dari mereka sendiri dan saya kagum dengan kebolehan mereka menjayakan watak diberikan," katanya.

Sementara itu, Nam Ron berkata, dia senang bekerjasama dengan kesemua pelakon-pelakon filem itu kerana hubungan rapat mereka.

Jelas Nam Ron faktor itu telah memberikan kelebihan kepadanya untuk mengarah di set penggambaran.

"Walaupun mereka semua kawan saya tetapi mereka antara yang mempunyai bakat besar dalam industri ini dan tidak sukar bekerja dengan mereka.

"Malah mereka cukup berpengalaman dan banyak membantu bagi menjayakan filem pertama saya ini," ujarnya.

Bercakap lanjut mengenai filem berkenaan, Nam Ron berkata, ia masih mempunyai teras yang kuat sebagai karya 'indie' namun pelbagai olahan telah dibuat bagi memastikan ia sesuai dengan penonton berskala besar.

Malah dia mengambil risiko untuk bereksperimen dengan genre psiko thriller itu namun menolak ia sebuah karya syok sendiri.

"Filem ini dihasilkan untuk memberikan variasi kepada landskap industri perfileman tempatan yang kurang kepelbagaian dari segi genre filem.

"Saya sudah lakukan yang terbaik untuk filem ini dan jika ia gagal menarik penonton ke pawagam ia adalah takdir Allah dan tetap bersyukur," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan