'Ombak Rindu' Lagu Melayu Popular Pusat Karaoke Neway

Diterbitkan: Khamis, 29 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Barisan artis yang mendapat anugerah Lagu karaoke Melayu Popular Neway. Foto FAIHAN GHANI
Barisan artis yang mendapat anugerah Lagu karaoke Melayu Popular Neway. Foto FAIHAN GHANI

PETALING JAYA: Lagu Ombak Rindu mendapat penganugerahan Lagu Melayu Paling Popular Neway 2013 apabila ia menjadi pilihan pengunjung di pusat karaoke berkenaan.

Menurut pengurus pemasaran Neway Karaoke Box Malaysia, Aining Wong, lagu nyanyian Adira dan Hafiz itu menjadi pilihan terbanyak iaitu lebih daripada 10,000 kali dimainkan pelanggan.

"Kerana populariti filem Ombak Rindu membuatkan lagu tersebut turut menjadi popular di pusat karaoke kami.

"Kiraan dibuat bermula Januari 2012 hingga Jun 2013. Selain itu lagu Sayang nyanyian Shae pula mendapat tempat kedua manakala Teman Pengganti (Black dan Malique)," katanya.

Aining ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri dan Anugerah lagu Melayu paling popular oleh pusat hiburan itu.

Pada majlis tersebut, sebanyak 12 lagu popular diberi penganugerahan berkenaan termasuklah Andai Ku bercinta Lagi (MOJO) yang mendapat tempat keempat dan Muara Hati (Hafiz dan Datuk Siti Nurhaliza) berada di tangga kelima.

Manakala lagu Sudah Cukup Sudah (Nirwana Band) dan Putih-Putih Melati (ST12) masing-masing mendapat tempat keenam dan ketujuh.

Selain itu Sahabat nyanyian Najwa Latif menduduki tempat kelapan diikuti lagu Aku Suka Dia (Ainan Tasneem) berada di tangga kesembilan.

Tempat 10 hingga 12 masing-masing dimenangi oleh Rembau Most Wanted (Waris), Cerita Dia (Drama Band) dan Sesaat Kau Datang (Ramlah Ram dan Sleeq).

Menurut Aining, pihaknya amat berbesar hati kerana berpeluang menganjurkan majlis berkenaan buat pertama kalinya dan ia akan menjadi sebagai acara tahunan.

"Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan di atas sumbangan dan bakat yang lahir di dalam industri hiburan. Semoga pengiktirafan ini diterima baik oleh industri hiburan tanah air,” ujarnya.

Tambah Aining, selain bersandarkan populariti dan kekuatan lagu, peranan daripada pihak media turut menyumbang kepada jangka hayat sesebuah lagu itu untuk terus bertahan dan mengungguli carta.

Di samping itu, kerjasama yang dijalankan dengan syarikat rakaman seperti aktiviti-aktiviti promosi bersama artis banyak membantu populariti pusat hiburan tersebut untuk kekal sebagai pilihan pelanggan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan