Justin Bieber Mahu Kahwin, Punyai Anak

Diterbitkan: Khamis, 29 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

WALAUPUN usia masih muda, Justin Bierber, 19, sudah pun memikirkan untuk berkahwin secepat mungkin dan mempunyai anak dengan segera.

Menurut laporan Showbizspy, penyanyi kelahiran Kanada itu juga tidak sabar merasai momen indah membina sebuah keluarga bahagia.

"Saya tak sabar memiliki isteri cantik dengan anak-anak kecil mengelilingi kami. Tetapi semua itu saya harus berserah kepada Tuhan.

"Masa muda memang menyenangkan, jatuh cinta dan mabuk cinta. Tetapi itu semua akan membawa sesebuah pasangan ke alam rumah tangga," katanya

Bekas kekasih penyanyi Selena Gomez itu juga mengakui dia seorang yang romantis dalam menjaga pasangannya.

"Ibu saya sering mengajar bagaimana melayani wanita dengan baik. Dan kerana itu saya sering membuatkan pasangan berasa dirinya cukup istimewa buat saya," ujarnya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan