Michael Douglas & Catherine Zeta Jones Bakal Bercerai

Diterbitkan: Rabu, 28 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Catherine dan Michael sudah berkahwin selama 13 tahun.
Catherine dan Michael sudah berkahwin selama 13 tahun.

PERKAHWINAN selama 13 tahun di antara Michael Douglas dan Catherine Zeta Jones dilaporkan bakal berakhir dan pasangan itu akan memfailkan penceraian mereka dalam masa terdekat ini.

The Mirror melaporkan pasangan itu tidak lagi kelihatan bersama sejak empat bulan lalu dan dipercayai telah tinggal berasingan.

"Michael akan membuat pengumuman itu dalam masa terdekat ini dan Catherine sedang berusaha menyelamatkan perkahwinan itu tetapi suaminya telah buat keputusan untuk bercerai," kata sumber terdekat pasangan itu.

Beberapa bulan lalu, jurucakap pasangan berkenaan menafikan laporan bahawa rumah tangga mereka mempunyai masalah dan menolak dakwaan akan berpisah.

Bagaimanapun kali ini wakil tersebut enggan mengulas mengenai perkhabaran terbaharu mengenai Michael dan Catherine.

Pasangan tersebut mempunyai dua cahaya mata iaitu Dylan Michael, 13 dan Carys Zeta, 10.

Dalam pada itu, Michael, 68, dilihat bersendirian ketika bercuti di sebuah pulau baru-baru ini dan Catherine, 43, tidak kelihatan bersamanya.

Pelakon terkenal itu dilihat masih memakai cincin perkahwinannya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan