Chef Bruce Lim Mahu Jadi Tentera Laut

Diterbitkan: Rabu, 28 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Chef Bruce Lim
Chef Bruce Lim

KUALA LUMPUR: Chef selebriti iaitu Bruce Lim pernah bercita-cita untuk menjadi seorang tentera laut sebelum membuat keputusan untuk menjadi seorang tukang masak.

Lim yang berdarah campur iaitu Filipina-China bagaimanapun memberitahu disebabkan nenek dan bapanya yang gemar memasak, ia telah mempengaruhinya untuk bergelar chef.

"Saya dibesarkan di Amerika Syarikat dan memasak adalah aktiviti yang sering kami lakukan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.

"Malah nenek dan bapa sering memasak pelbagai masakan tradisional Cina dan Filipina untuk mengingatkan asal usul kami," katanya ketika ditemui pada majlis promosi ulang tahun Red Box dan Green Box Karaoke di The Gardens di sini, Selasa.

Lim yang juga pengacara program The Boss dan popular menerusi saluran Asian Food Channel (AFC) mengambil keputusan untuk kembali ke negara asalnya iaitu Filipina bagi mempelajari masakan Asia dan mengenali asal usulnya.

"Masakan Asia sangat meluas dari segi penggunaan bahan dan ia sangat menarik perhatian saya untuk menerokainya.

"Kini saya menetap di Filipina dan kerjaya masakan saya terus berkembang," katanya yang pernah bekerja di beberapa hotel ternama di Amerika Syarikat.

Bersempena dengan ulang tahun itu juga, Red Box turut menyediakan 'Bufet Antarabangsa' di mana pusat karaoke itu akan mempersembahkan makanan dari Itali, Korea, Jepun, Indonesia, Mexico dan Brazil.

Promosi tersebut telah dilancarkan oleh Lim yang turut bekerjasama dalam menyediakan menu-menu istimewa itu.

"Saya berbesar hati dengan pelawaan Red Box untuk kerjasama ini kerana bagi saya makanan dapat membuat orang gembira dan menyatukan masyarakat," katanya.

Promosi berlangsung bermula 19 Ogos hingga 30 Oktober depan.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan