Kesan Khas Solekan Hidupkan Watak 'KL Zombi'

Diterbitkan: Jumaat, 23 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Woo berkata selain aspek teknikal dan jalan cerita, kesan khas solekan terhadap watak-watak zombi dapat memberikan gambaran sebenar kepada jalan cerita yang ingin disampaikannya dengan lebih berkesan.
Woo berkata selain aspek teknikal dan jalan cerita, kesan khas solekan terhadap watak-watak zombi dapat memberikan gambaran sebenar kepada jalan cerita yang ingin disampaikannya dengan lebih berkesan.

PETALING JAYA: Filem terbitan Grand Brilliance iaitu KL Zombi menekankan teknik solekan khas terhadap pelakon bagi menghidupkan setiap watak yang diadaptasi daripada sebuah novel ‘fixi’ karya Adib Zaini berjudul Zombijaya.

Pengarah filem berkenaan, Woo Ming Jin berkata, selain aspek teknikal dan jalan cerita, kesan khas solekan terhadap watak-watak zombi dapat memberikan gambaran sebenar kepada jalan cerita yang ingin disampaikannya dengan lebih berkesan.

"Tunjang utama filem ini adalah watak-watak Zombi dan kita menggunakan banyak pelakon tambahan untuk menghidupkan jalan ceritanya dan amat penting peranan mereka itu benar-benar ditonjolkan menerusi kesan solekan.

"Malah kami turut menggunakan teknik prostesis, lateks dan kanta lekap khas selain menitikberatkan aspek lokasi dan penggunaan pakaian dalam filem ini," jelasnya kepada mStar Online.

Woo ditemui ketika tayangan perdana KL Zombi yang diadakan di Cathay @ Curve Damansara di sini pada malam Khamis.

KL Zombi menampilkan pelakon-pelakon seperti Zizan Razak, Siti Saleha, Izara Aishah, Faezah Elai, Zain Hamid, Azhan Rani, Iedil Putra dan Shy8.

Filem yang menelan belanja RM1.7 juta itu bakal ditayangkan di 69 pawagam di seluruh negara termasuk Singapura dan Brunei bermula 29 Ogos ini.

Dalam perkembangan sama, Woo berkata, bagi merealisasikan aspek tersebut pihaknya telah menggunakan khidmat Ella Sandera iaitu seorang pakar solekan khas yang telah berpengalaman membuat kesan khas dalam lebih 20 filem sebelum ini.

"Ella telah melakukan tugas yang sangat baik bagi memastikan zombi-zombi di solek mengikut watak dan kehendak skrip dan ternyata hasil kerjanya sangat baik," katanya.

Dalam pada itu, Woo berkata, dia memilih untuk menghasilkan filem berkenaan daripada adaptasi novel kerana ingin memberi kelainan kepada variasi karya sedia ada.

Jelasnya lagi, pemilihan itu juga kerana jalan ceritanya novel berkenaan yang sangat menarik dan mempunyai ramai pengikut di kalangan peminat novel ‘fixi.’

"Sudah terlalu ramai yang mengangkat novel cinta sebagai filem dan kami tidak mahu mengikut trend tersebut sebaliknya mencuba sesuatu yang lain dan kebetulan Zombijaya mempunyai jalan cerita menarik dan berbeza," katanya.

KL Zombi mengisahkan lima sekawan yang mempunyai impian dan cita-cita hidup yang tersendiri namun segalanya menjadi porak-peranda apabila sejenis wabak berbahaya yang menukar manusia menjadi zombi telah merebak di sekitar Kuala Lumpur.

Watak utamanya, Nipis yang dilakonkan oleh Zizan terpaksa bertarung nyawa demi menyelamatkan dirinya sendiri serta rakan-rakannya yang lain daripada dijangkiti wabak tersebut.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan