Rusdi Ramli Bertindak 'Tutup Mulut' Elak Kontroversi Adegan Panas

Diterbitkan: Khamis, 22 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rusdi Ramli
Rusdi Ramli

PETALING JAYA: Pelakon Rusdi Ramli menganggap berdiam diri adalah cara paling berkesan dalam menghentikan sesebuah kontroversi yang tercetus.

Rusdi berkata, cara itu turut diguna pakai ketika kontroversi yang berlaku pada dirinya berhubung adegan panas yang dilakonkan bersama aktres Nora Danish menerusi filem Mencari Cinta.

"Kalau nak diikutkan sebenarnya bukan saya nak mengelak menjawab persoalan media tentang isu tersebut tetapi secara kebetulannya saya sibuk dengan kerja-kerja penggambaran.

"Lama-kelamaan isu tersebut seperti semakin dilupakan pula. Mungkin cara diam diri lebih baik untuk sejukkan benda yang panas," katanya kepada mStar Online.

Pada April lalu, pengarah filem Mencari Cinta iaitu Shirin Khuzaimi menyifatkan Rusdi seorang yang tidak profesional kerana gagal menghadiri majlis tayangan perdana filem tersebut gara-gara mahu mengelak daripada menjawab kontroversi adegan panas filem itu.

Bagaimanapun isu tersebut terus senyap apabila Rusdi langsung tidak memberikan respons terhadap perkara tersebut sehinggalah dia ditemui pada majlis tayangan perdana filem Tanda Putera di GSC The Gardens dekat sini pada Selasa lalu.

Lakonan Rusdi dapat ditonton menerusi filem Tanda Putera yang akan ditayangkan pada 29 Ogos ini.

Dalam pada itu beritahu Rusdi, selepas setahun penayangan filem itu tertangguh, dia merasakan wataknya sebagai Perdana Menteri kedua iaitu Tun Abdul Razak Hussein seperti ingin dibuat semula.

"Biasalah setiap projek yang diterima kita akan buat lebih baik berbanding sebelumnya.

"Begitu juga dengan Tanda Putera, banyak perkara yang saya tidak puas hati dan seperti ingin lakonkan semula watak itu.

"Bagaimanapun saya harap masyarakat dapat menerima filem ini dengan hati yang terbuka tanpa perspektif negatif," ujarnya.

Tanda Putera memaparkan kisah Perdana Menteri kedua iaitu Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya Tun Dr Ismail Abdul Rahman (Zizan) berusaha memulihkan negara susulan peristiwa pergaduhan kaum pada tahun 1969.

Filem yang dihasilkan pada tahun 2011 itu diterbitkan Pesona Pictures Sdn Bhd dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dengan kerjasama Multimedia Development Corporation (MDeC).

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan