Teknologi Terkini Dalam Konsert Shah Rukh Khan Di KL

Diterbitkan: Rabu, 21 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Shah Rukh Khan
Shah Rukh Khan

KUALA LUMPUR: Bintang popular Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan bakal menggegarkan pentas Stadium Bukit Jalil pada 11 Oktober depan menerusi konsertnya Temptations Reloaded.

Konsert tersebut merupakan anjuran Hitman Solutions Sdn Bhd dengan kerjasama 2 Spicy Entertainment Sdn Bhd.

Menurut pengarah urusan Hitman Solutions Sdn Bhd iaitu Ruhit Rampal, Temptations Reloaded akan menjadi sebuah konsert yang berprestij kerana ia bukan sahaja menampilkan persembahan bintang filem itu, tetapi turut memperkenalkan teknologi terkini daripada segi teknikalnya.

"Penonton bukan sahaja melihat persembahan Shah Rukh Khan tetapi juga kepuasan melihat penggunaan lampu berteknologi 'diod pemancar cahaya' (LED)

"Malah pentas juga diiringi dengan persembahan grafik mengikut lagu-lagu yang dibawakan," katanya pada sidang media konsert ‘Temptations Reloaded’ yang diadakan di Menara Kuala Lumpur di sini petang Selasa.

Tambah Ruhit, persembahan Shah Rukh Khan akan mengikut arahan dan skrip agar ia kelihatan lebih tersusun.

"Saya ibaratkan konsert itu seperti sebuah filem yang dipersembahkan secara langsung. Apatah lagi ia akan berlangsung selama tiga jam tanpa henti," ujarnya.

Dalam pada itu, beberapa selebriti Bollywood turut hadir sebagai tetamu undangan termasuklah aktres jelita Madhuri Dixit.

Tiket konsert berharga RM99 hingga RM1999 boleh dibeli menerusi laman web www.vip.my atau boleh didapati di mana-mana kaunter kedai Rock Corner .

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan