Zed Zaidi Dapat Sokongan Bertanding Exco Pemuda Umno

Diterbitkan: Selasa, 20 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Zed Zaidi
Zed Zaidi

PETALING JAYA: Presiden Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi mengesahkan hasratnya untuk bertanding jawatan Exco Pergerakan Pemuda Umno pada pemilihan parti Oktober depan.

Zed Zaidi, 33, atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil yang juga Timbalan Pengerusi Biro Kebudayaan dan Kesenian pergerakan itu berkata, dia mengambil keputusan tersebut setelah mendapat sokongan padu daripada ahli pergerakan itu seluruh negara.

"Pada asalnya saya hanya bertanya pendapat sahaja namun apabila melihat maklum balas yang menggalakkan terutamanya daripada pemuda-pemuda daripada setiap negeri, saya teruskan hasrat tersebut (bertanding).

"Sekarang saya dalam proses kempen dan perkenalkan diri. Saya sudah pergi beberapa negeri termasuk Negeri Sembilan dan Kedah untuk berjumpa dengan pemuda-pemuda di sana," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Dalam pada itu, Zed berkata, matlamat utama untuk dia bertanding jawatan tersebut adalah bagi menjadi wakil daripada golongan seni untuk memberi pendapat selain menjadi orang tengah kepada pucuk pimpinan.

"Saya merupakan artis pertama yang bertanding dalam pemilihan ini. Bagi saya ia dapat memberi peluang kepada pihak parti untuk mengetahui suara sebenar dan masalah dalam industri yang orang luar industri tidak tahu.

"Selain itu, saya mahu Umno memberi peluang kepada golongan muda dan artis untuk sama-sama dalam memperjuangkan parti. Kita ada di kalangan artis yang beralih dengan menyokong pihak pembangkang kerana mereka diberi peluang untuk bersuara dalam parti pembangkang tersebut," katanya.

Jelas Zed, dengan adanya laluan tersebut dia berharap dapat mengubah landskap industri seni ke arah yang lebih baik dan terbela.

Sementara itu, Zed berkata, jawatan dan tanggungjawabnya dalam Seniman tidak akan terjejas jika dia terpilih memegang jawatan dalam Pemuda Umno.

"Tiada apa-apa masalah dengan persatuan jika saya menang dalam pemilihan ini. Saya masih tetap utamakan matlamat persatuan dan kebajikan ahli-ahli," katanya.

Jelas Zed, dengan format baharu pencalonan yang terbuka kepada semua ahli Umno, ia memberi peluang kepadanya untuk turut sama mencuba nasib dalam pemilihan kali ini.

"Kalau dulu memang susah kerana banyak peringkat dan pemilihan, dengan format baru ini siapa-siapa yang layak boleh hantar borang pencalonan.

"Saya layak kerana melepasi syarat utama iaitu menjadi ahli parti lebih daripada tiga tahun yang mana saya sudah menjadi ahli sejak 2007 selain memegang pelbagai jawatan," katanya.

Pendaftaran penamaan calon untuk pergerakan sayap pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri parti itu akan dilakukan pada 21 September depan.

iklan

Video

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Kolumnis

iklan

Iklan