Natasha Hudson Tumpu Bidang Fesyen Muslimah

Diterbitkan: Selasa, 20 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Natasha kini sibuk menguruskan perniagaan pakaian muslimah wanita dan kanak-kanak iaitu Dreamclouds.
Natasha kini sibuk menguruskan perniagaan pakaian muslimah wanita dan kanak-kanak iaitu Dreamclouds.

PETALING JAYA: Pelakon Natasha Hudson mengakui tumpuannya kini adalah kepada keluarga dan perniagaan pakaian wanita Muslimah dan kanak-kanak yang dimilikinya iaitu Dreamclouds, ditubuhkan sejak setahun lalu.

Natasha atau nama sebenarnya, Natasha Liana Hudson 31, berkata, kesibukannya menguruskan perniagaan tersebut telah menyebabkan aktiviti seninya terhad dan hanya menerima tawaran lakonan jika jadual kerjanya tidak bertembung.

"Perniagaan jenama pakaian saya baru sahaja bertapak dan perhatian lebih perlu diberikan bagi memastikan ia dapat berkembang baik tambahan pula saya bekerja dari rumah. Jadi, masa yang lebih berkualiti dapat diberikan kepada anak-anak dan suami.

"Oleh sebab itu saya kini lebih selektif dengan tawaran berlakon kerana keutamaan saya adalah kepada keluarga dan perniagaan," jelasnya kepada mStar Online.

Bagaimanapun kata Natasha, selain lakonan, dia kini lebih berminat kepada bidang seperti pengacaraan, modeling, kerja-kerja amal dan menulis blog.

Dalam pada itu, bercakap mengenai Dreamclouds, Natasha berkata, dia telah lama mengimpikan untuk mempunyai rangkaian pakaian jenamanya sendiri selain meminati dunia fesyen.

Jelas Natasha, kesemua produk di bawah label itu direkanya sendiri selain memastikan pelanggan berpuas hati dengan hasil yang diberikan.

"Saya telah memulakan perniagaan pakaian Muslimah wanita dan kanak-kanak ini sejak setahun lalu dan berharap perniagaan ini akan berkembang,” katanya.

Tambah Tasha, setakat ini dia mempromosikan jenama pakaian tersebut menerusi laman web www.fashionvalet.com selain laman sosial lain seperti Instagram iaitu @dreamcloudbynh dan Facebook.

Dalam perkembangan sama, Natasha berkata, sebagai ahli perniagaan dia tidak terkecuali berdepan dengan pelbagai cabaran namun sentiasa menganggap semua halangan mematangkannya dalam mempelajari selok-belok dunia perniagaan.

"Cabaran dalam dunia perniagaan itu biasa tetapi apa yang lebih penting saya dapat mempelajari pelbagai perkara tentang perniagaan dan dunia fesyen.

"Impian saya mahu membawa jenama Dreamcloud ini sejauh mungkin dan Alhamdulillah saya telah mendapat jemputan Minggu Fesyen Islam Antarabangsa di luar negara.

"Bagaimanapun saya belum membuat keputusan lagi memandangkan terlalu sibuk dengan kerja-kerja di Kuala Lumpur bagi memastikan semua aspek produk yang dijual kepada pelanggan memuaskan," katanya yang turut melantik suaminya iaitu Carleed Khaza sebagai rakan kongsi.

Natasha dan Carleed atau nama sebenarnya Khalid Kamal, 33, berkahwin pada April tahun lalu di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Naeema Kalila yang berusia 4 bulan.

Hasil perkahwinan terdahulu, Natasha mempunyai seorang anak perempuan, Nessa Helena yang kini berusia lima tahun.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan