Linkin Park Berjaya Hiburkan 25,000 Penonton

Diterbitkan: Selasa, 20 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Linkin Park memberi persembahan bertenaga di hadapan lebih 25 ribu penonton.
Linkin Park memberi persembahan bertenaga di hadapan lebih 25 ribu penonton.

KUALA LUMPUR: Kumpulan metal, Linkin Park tampil dengan memberikan persembahan bertenaga di hadapan lebih 25,000 penonton pada konsert jelajah dunia ‘Living Things’ di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini, Isnin.

Kumpulan yang memenangi pelbagai anugerah ini membuka tirai konsert pada pukul 8.30 malam menerusi lagu Tinfoil, Faint dan Papercut.

Kumpulan ini dianggotai oleh vokalis utamanya, Chester Bennington, pemain dram dan percussionist, Rob Bourdon, gitaris, Brad Delson, pemain bass, Dave 'Phoenix' Farrell, Joe Hahn yang bertindak sebagai DJ serta vokalis kedua merangkap pemain keyboard dan juga gitaris, Mike Shinoda.

Linkin Park terus memberi persembahan bertenaga dengan lagu-lagu popularnya seperti Givin Up, With You, Somewhere I belong, New Divide dan Victimized.

Sorakan kuat penonton menggamatkan keadaan di stadium setiap kali anggota kumpulan tersebut cuba berinteraksi dengan penonton.

Band yang berasal dari California, Amerika Syarikat itu menyampaikan 21 buah lagu dalam konsert yang berlangsung selama dua jam.

Tidak mahu menghampakan peminat, kumpulan ini turut menyanyikan lagu popular seperti In The End, Numb dan What I've Done pada bahagian penutup.

Biarpun dibasahi hujan renyai, penonton berpuas hati dan terhibur dengan persembahan kumpulan tersebut.

Konsert Linkin Park Jelajah Dunia di Malaysia 2013 "Living Things" ini dibawakan oleh The Wonderland+ dan peminat di Malaysia seharusnya rasa bertuah kerana kumpulan ini memilih Malaysia untuk mengadakan konsert sebagai salah satu rangka lawatan mereka di Asia Tenggara.

Thailand, Indonesia dan Singapura tidak tersenarai sebagai lokasi persinggahan mereka akibat kesuntukan masa.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan