Siti Sarah Serah Tugas Jaga Anak Pada Ibu Mertua

Diterbitkan: Sabtu, 17 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Shuib Sepah dan Siti Sarah
Shuib Sepah dan Siti Sarah

PETALING JAYA: Penyanyi Siti Sarah Raisuddin, 30, tidak akan melakukan kerja menjaga dua anaknya jika pulang ke rumah ibu mertua.

Isteri kepada Pelawak Shuib (Sepah) ini berkata, dia akan memberi peluang kepada ibu mertuanya iaitu Nooraini Mohamed untuk menjaga cucu-cucunya itu.

"Kami jarang balik ke Johor dan setiap kali balik, memang saya tidak akan jaga anak -anak saya dan tugas itu saya serahkan kepada ibu mertua saya.

"Ibu memang mahu buat semua kerja-kerja seperti mandikan anak, beri makan dan melayan kenakalan mereka," katanya kepada mStar Online.

Tambah Siti Sarah, biarpun sibuk dengan kerja seharian namun dia dan Shuib akan cuba untuk pulang ke Johor Bahru sekerap mungkin memandangkan suaminya merupakan anak tunggal.

"Kalau ada masa memang kami akan balik sekerap mungkin, kerana keluarga suami saya tidak ada cucu lain melainkan anak-anak kami," katanya.

Kata Siti Sarah, jika mereka terlalu sibuk, keluarga mertua akan datang melawat.

"Saya bersyukur dapat keluarga mertua yang memahami, walaupun Shuib anak tunggal namun mereka tidak pernah mendesak atau meminta kami balik kampung selalu kerana mereka faham situasi kerja kami.

"Selain itu dengan adanya ruang bertemu keluarga mertua, saya juga dapat melepaskan rasa rindu terhadap arwah ibu saya yang meninggal dunia baru-baru ini," katanya

Siti Sarah dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 27 Februari 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Uwais Alqarni yang kini berusia setahun tujuh bulan dan Dzahira Talita Zahra berusia tiga bulan.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan