Ameng Rindu Suasana Beraya Luar Penjara

Diterbitkan: Jumaat, 16 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ameng (dua dari kanan) bersama Ahmad Abdullah (dua dari kiri) dan pegawai dari Jabatan Penjara Malaysia.
Ameng (dua dari kanan) bersama Ahmad Abdullah (dua dari kiri) dan pegawai dari Jabatan Penjara Malaysia.

PETALING JAYA: Penyanyi Ameng (Spring) mengakui merindui suasana menyambut Hari Raya bersama keluarga dan sahabat handai di luar setelah hampir dua tahun menjalani hukuman penjara.

Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 45 berkata, suasana beraya di sebalik tirai besi berbeza dan hanya diselubungi dengan perasaan sedih kerana beraya bersendirian.

"Segalanya berbeza, di luar sana saya pernah hidup sebebas-bebasnya, namun di sebalik tirai besi ini perjalanan hidup seratus peratus berubah, namun saya memperoleh banyak pengajaran dan hidayah,"

"Alhamdulillahlah pada hari perayaan kami diberi ruang untuk menerima kunjungan ahli keluarga dan rakan-rakan selain dihidangkan dengan makanan yang agak istimewa berbanding hari-hari lain.

"Anak dan isteri juga ada datang melawat, sokongan moral sebegini menguatkan lagi iltizam saya untuk terus berubah dan menghadapi pelbagai cabaran di sini", katanya ketika menerima kunjungan daripada Persatuan Karyawan Malaysia di Penjara Kluang pada Isnin lalu.

Turut hadir Pengarah Penjara Kluang, Timbalan Komisioner Penjara (TKPj) Mat Rashid Jahlil dan Pengurus Besar Karyawan, Ahmad Abdullah.

Dalam pada itu, Ameng turut mengingatkan golongan artis agar tidak terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

"Kedua-duanya adalah entiti berbeza, ramai beranggapan dengan dadah kita akan mendapat tenaga yang lebih ketika berkarya walhal majoriti golongan seni yang berjaya dan hebat adalah kerana personaliti yang tiada kena mengena dengan najis dadah.

"Lihat saja (Datuk) Siti Nurhaliza dan Dayang Nurfaizah, mereka tetap hebat dan mantap tanpa dadah," katanya.

Ameng ditahan di Penjara Kluang, Johor bagi menjalani hukuman penjara lapan tahun dan 10 bulan, serta dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Melaka pada 12 April 2011 kerana kesalahan penyalahgunaan dadah.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan