Taiyuddin Enggan Dilabel Sebagai Pelawak

Diterbitkan: Rabu, 14 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Thaiyuddin mahu mempelbagaikan watak sebagai pelakon dan tidak mahu hanya tertumpu kepada peranan komedi sahaja.
Thaiyuddin mahu mempelbagaikan watak sebagai pelakon dan tidak mahu hanya tertumpu kepada peranan komedi sahaja.

PETALING JAYA: Pelakon Taiyuddin Bakar enggan dilabel sebagai seorang pelawak meskipun kebanyakan watak yang dijayakannya berunsurkan komedi.

Taiyuddin atau nama sebenarnya, Sallehuddin Abu Bakar, 30, berkata, sebagai pelakon dia mahu mencuba pelbagai watak dan tidak mahu menghadkan kebolehan lakonannya kepada sesuatu genre sahaja.

"Masih banyak watak yang masih belum saya pegang selain daripada komedi dan jika boleh saya mahu memperluaskan kredibiliti saya sebagai pelakon menerusi pelbagai peranan.

"Jika saya hanya menumpukan kepada komedi maka kerjaya lakonan saya tidak akan ke mana-mana dan akan sentiasa berada di tahap sama," katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun kata Taiyuddin, elemen komedi itu sangat penting dalam sesebuah perwatakan bagi menghidupkan sesuatu perwatakan selain memberi keceriaan kepada peranan tersebut.

Sementara itu, Taiyuddin berkata, dia bersyukur apabila sudah ramai penerbit dan pengarah mula memberikan kepercayaan kepadanya untuk mencuba watak yang lebih berat dalam drama atau filem terbitan mereka.

Jelasnya, peluang yang diberikan akan dilunaskan sebaik mungkin dan sebagai pelakon yang baru bertapak dalam industri dia perlu bekerja keras bagi memastikan namanya kukuh untuk jangka masa panjang.

"Alhamdulillah setakat ini sudah ada penerbit yang melihat potensi saya dan mula menawarkan watak yang bukan berbentuk komedi dan ini adalah peluang saya untuk membuktikan diri kepada mereka dan peminat bahawa saya boleh melakukannya," jelasnya.

Pun begitu kata Taiyuddin, keengganannya itu bukan bererti dia memandang rendah kepada pelakon yang dilabel sebagai pelawak sebaliknya memandang tinggi kepada kebolehan mereka.

"Bukan mudah untuk bagi orang ketawa dan saya sangat memandang tinggi kepada semua pelawak-pelawak yang sentiasa bekerja keras untuk memastikan lawak yang disampaikan dapat membuatkan penonton ketawa.

"Malah saya sendiri belum melihat diri saya berada di tahap untuk membolehkan orang melabel saya sebagai pelawak dan masih banyak perkara perlu dipelajari sebelum layak diberi gelaran tersebut," katanya.

Dalam perkembangan lain, Taiyuddin berkata, dia bakal terlibat dalam sebuah projek filem bersama pelakon Sofi Jikan yang bakal diarahkan oleh seorang pengarah baru.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan