Syafie Naswip Tangguh Belajar Kerana Lakonan

Diterbitkan: Selasa, 13 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Syafie akan menyambung pelajaran pada tahun hadapan.
Syafie akan menyambung pelajaran pada tahun hadapan.

PETALING JAYA: Pelakon filem Mukhsin iaitu Syafie Naswip mengambil keputusan untuk menangguhkan hasrat menyambung pelajaran ke peringkat universiti kerana ingin memberi fokus kepada bidang lakonan.

Syafie atau nama sebenarnya Mohammad Syafie Naswip, 21, berkata, keputusan itu dibuat selepas tawaran berlakon yang diterimanya sejak akhir-akhir ini semakin banyak dan bimbang tidak dapat membahagikan masa terhadap lakonan dan pengajian.

"Bukan mudah untuk saya membuat keputusan itu kerana sudah menjadi impian saya menyambung pelajaran di universiti namun tawaran lakonan yang banyak rasa rugi pula kalau saya tolak.

"Tambahan pula saya bimbang tidak dapat membahagikan masa dengan baik dan lebih elok jika saya berikan fokus kepada sesuatu bidang sahaja terlebih dahulu," katanya kepada mStar Online.

Tambah Syafie, tawaran lakonan yang ditawarkan kepadanya juga mencabar kredibilitinya sebagai seorang pelakon dan tidak mahu melepaskan peluang tersebut.

Dalam perkembangan sama, Syafie berkata, keluarganya juga tidak menghalang dengan keputusannya itu dan memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada dirinya untuk merancang masa depan sendiri.

Bagaimanapun kata Syafie, dia tetap akan menyambung pelajaran pada tahun hadapan dalam bidang perfileman dan lakonan yang cukup diminatinya.

"Keluarga tidak mendesak saya dan menyokong apa yang saya ingin lakukan. Saya masih menyimpan hasrat untuk menyambung pelajaran dan Insya-Allah ia akan terlaksana pada tahun depan," katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan