Qi Razali Rasa Teruja Beraya Di Argentina

Diterbitkan: Jumaat, 9 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Qi akan berada di Argentina selama dua bulan.
Qi akan berada di Argentina selama dua bulan.

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Qi Razali memberitahu teruja dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri di Argentina pada tahun ini kerana dapat melihat budaya masyarakat Islam di negara itu meraikan Syawal.

Qi atau nama sebenarnya Qushairi Razali, 35, bagaimanapun berkata, perasaan sedih tetap terpalit di hati kerana terpaksa berjauhan dengan keluarga dan kekasihnya, pelakon Nelydia Senrose.

"Sudah tentu sedih sebab berjauhan dengan semua orang yang saya sayang tetapi ini adalah tanggungjawab dan perlu dilunaskan.

"Bagaimanapun saya teruja untuk melihat cara masyarakat Islam di negara itu berhari raya dan ia akan menjadi pengalaman berharga buat saya," katanya kepada mStar Online.

Qi yang berlepas ke Argentina pada 18 Julai lalu akan menghabiskan masa di sana selama dua bulan dan akan kembali ke tanah air pada 18 September depan.

Kunjungannya ke negara Latin itu adalah untuk rakaman program Art Attack untuk siaran saluran Disney.

Dalam perkembangan sama, Qi berkata, dia juga turut membawa sepasang baju Melayu untuk dipakai pada Hari Raya nanti bagi mengubat rindunya pada keluarga di kampung halaman.

Jelas Qi, dia juga telah mengenal pasti lokasi masjid dan komuniti masyarakat Islam di sana bagi memudahkan dia berkunjung untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.

"Bila difikirkan, inilah peluang saya untuk mengenali masyarakat Islam di luar negara dan pengalaman ini bukan semua orang boleh dapat," jelasnya.

Sementara itu, Qi turut mengakui rindukan kekasihnya namun sentiasa berhubung menerusi ‘WhatsApp’ bagi saling bertanya khabar tentang keadaan diri masing-masing.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan