Alif Satar Bimbang Peminat Tidak Terima Perubahan Muziknya

Diterbitkan: Khamis, 8 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Alif bakal muncul dengan album terbaharunya berjudul Definisi pada penghujung tahun ini.
Alif bakal muncul dengan album terbaharunya berjudul Definisi pada penghujung tahun ini.

PETALING JAYA: Penyanyi Alif Satar mengakui berasa bimbang jika peminat tidak dapat menerima perubahan yang bakal dibawa menerusi album terbaharunya nanti.

Alif, 23, berkata, sudah sampai masanya dia melakukan kelainan terhadap konsep album dan muzik yang diperjuangkan kerana tidak mahu terus berada di tahap sama.

"Saya tahu saya boleh buat lebih daripada apa yang saya sudah lakukan dan kemampuan saya bukan setakat genre pop dan sebagai penyanyi saya mahu melakukan perubahan.

"Kelainan ingin ditampilkan itu sejajar dengan peningkatan usia saya yang semakin matang," jelasnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Alif berkata, dia kini sedang dalam proses menyiapkan album ketiganya berjudul Definisi dan menjangkakan single terbaharunya akan dilancarkan selepas sambutan Aidilfitri nanti.

Memilih untuk bekerjasama dengan komposer dan penulis lirik terkenal iaitu Azlan Abu Hassan dan Habsah Hassan, Alif berkata, dia sudah lama mahu bekerjasama dengan dua nama besar tersebut selain meminati karya mereka.

"Alhamdulillah untuk projek kali ini dapat bekerjasama dengan mereka yang terkenal dengan kekuatan menerusi penciptaan lagu balada dan lirik penuh emosi," katanya.

Tambah Alif lagi, album yang bakal memuatkan sembilan buah lagu itu turut menggunakan khidmat Zimi (Sofazr) selain berpeluang bekerjasama dengan komposer Amerika Syarikat, Hayden Bell yang pernah menulis lagu Toxic untuk Britney Spears.

"Saya berjumpa dengan Hayden ketika promosi album Judika di Malaysia baru-baru ini dan dari situ kami berkenalan sehingga timbul idea untuk bekerjasama dalam album terbaharu saya menerusi sebuah lagu berjudul Sliding Doors," katanya.

Dalam perkembangan lain, Alif memberitahu dia baru selesai menjalani rakaman program Sini Motor musim kedua selain sibuk menyiapkan album terbaharunya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan