Sikap 'Gedik' Ella Tidak Keterlaluan - Suami

Diterbitkan: Selasa, 6 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Azhar memberitahu isterinya, Ella lebih bersifat manja ketika berada di rumah.
Azhar memberitahu isterinya, Ella lebih bersifat manja ketika berada di rumah.

PETALING JAYA: Suami kepada penyanyi terkenal, Ella iaitu Azhar Ghazali mendedahkan isterinya itu bersikap lebih manja dengannya ketika mereka berdua-duaan di rumah berbanding ketika di khalayak.

Azhar, 30-an berkata, dia sangat menyenangi sifat manja Ella itu yang dirasakannya dapat mengeratkan lagi hubungan mereka suami-isteri.

"Mungkin ada orang kata dia gedik dan sebagainya tetapi itu adalah dirinya. Sikap itu sebenarnya tidak keterlaluan berbanding ketika dia berada di rumah bersama saya.

"Saya langsung tidak melihat ia sebagai satu masalah kerana ia mengeratkan hubungan kami suami isteri dalam banyak perkara," katanya kepada mStar Online.

Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, 46 dan Azhar iaitu seorang juruterbang syarikat Firefly berkahwin pada 7 Julai 2012 di rumah keluarga penyanyi lagu Layar Impian itu di Teluk Gadong, Klang, Selangor.

Dalam pada itu, Ella berkata, dia sangat bertuah dapat bersuamikan Azhar dan menyifatkan lelaki itu sebagai budiman dan rajin membantunya jika berada di rumah.

Jelas Ella, mereka suami isteri juga sering bermuhasabah jika timbul sebarang masalah dan menyifatkan cara itu memberi kesan baik.

"Jika tidak bekerja Azhar rajin membantu saya di rumah sama ada mengemas, memasak dan sebagainya. Selepas setahun berkahwin kami lebih mengenali hati budi masing-masing dengan lebih baik," ujarnya.

Sementara itu, Ella berkata, dia dan suaminya akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini di kampung halaman suaminya di Muar, Johor.

Kata Ella, dia sangat teruja setiap kali dapat balik ke kampung suaminya kerana sukakan suasana desa yang tenang dan damai.

"Berhari raya di kampung lebih meriah dan dapat berkenalan dengan sanak saudara sebelah suami namun kami hanya akan pulang selama beberapa hari sahaja kerana komitmen kerja," ujarnya.

Bercakap mengenai perkembangan kerjayanya, Ella berkata, dia bakal muncul dengan sebuah konsert solo di tiga lokasi bermula September hingga Disember depan.

Bagaimanapun lokasi konsert tersebut masih belum diputuskan oleh pihak penganjur.

"Saya juga akan terlibat dengan sebuah konsert akustik di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada September ini sebelum sibuk dengan konsert solo itu nanti.

"Sudah tentu saya teruja dengan perancangan tersebut kerana sudah lama tidak muncul dengan konsert solo. Harap peminat akan ramai-ramai menghadiri persembahan itu nanti," katanya.

iklan

Video

Rabu, 26 November 2014 10:44 PM

Sejauh Mana Anda Tahu (Bahagian 3)

Selasa, 25 November 2014 1:00 PM

Sejauh Mana Anda Tahu? (Bahagian 2)

Selasa, 25 November 2014 8:48 PM

Ahli Geng Mamak Ditembak Mati

Isnin, 24 November 2014 8:01 PM

Sejauh Mana Anda Tahu? (Bahagian 1)

Kolumnis

iklan

Produk Berkaitan

Iklan