Pulut Kuning & Baju Sedondon Pilihan Lisa Surihani

Diterbitkan: Selasa, 6 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lisa Surihani
Lisa Surihani

PETALING JAYA: Pelakon Lisa Surihani memberitahu setiap kali tibanya Syawal, makanan utama yang menjadi pilihan sejak sekian lama keluarganya adalah pulut kuning dan rendang ayam.

Lisa atau nama sebenarnya Lisa Surihani Mohamed, 27, berkata, makanan tersebut merupakan makanan kegemaran arwah bapanya setiap pagi Hari Raya.

“Kebiasaannya selepas sembahyang raya kami sekeluarga akan menjamu selera dan menu wajib kami adalah pulut kuning dan juga rendang ayam.

"Ia sebenarnya adalah makanan kegemaran arwah ayah dan sehingga kini menjadi tradisi keluarga, secara tidak langsung mengingatkan kami sekeluarga kepadanya," kata Lisa.

Dalam pada itu, bercerita tentang sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini, duta kepada rangkaian jenama pakaian Jovian Mandagie ini berkata, dia telah menyediakan tiga pasang baju raya sedondon dengan suaminya.

Lisa berkata, tiga pasang baju kurung dan baju Melayu telah disediakan mengikut tiga warna tema tahun ini.

"Lisa sudah sediakan tiga set baju sedondon untuk digayakan pada Hari Raya nanti. Tahun ini Lisa pilih warna biru kelabu, merah jambu cair dan yang ketiga pula Lisa akan pakai baju yang telah disediakan Jovian Mandagie.

Dalam pada itu, Lisa bercuti selama dua minggu bagi menghabiskan masa bersama keluarga dan sanak saudara kedua-dua belah pihak.

“Pada tahun ini Lisa dan Yusry akan beraya di KL sahaja kerana kami tinggi di sini tetapi untuk raya ketiga saya akan ikut suami ke kampung halamannya untuk bertemu dengan opah iaitu nenek Yusry di Gopeng, Perak,” ujarnya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan