Megan Fox Hamil Anak Kedua

Diterbitkan: Ahad, 4 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Megan Fox.
Megan Fox.

PELAKON Megan Fox telah mengumumkan dia dan suaminya, Austin Green bakal menimang cahaya mata kedua selepas sembilan bulan anak pertama mereka iaitu Noah lahir.

Menurut Daily Mail, khabar gembira itu didedahkan sendiri oleh jurucakap pasangan itu kepada media baru-baru ini.

"Saya mengesahkan bahawa Megan dan Austin sedang menanti kelahiran anak kedua mereka dan ia adalah berita gembira buat keluarga itu," kata jurucakap tersebut.

Megan sebelum ini pernah memberitahu mahukan bilangan anak yang ramai dan pengalaman menjadi seorang ibu disifatkan sebagai luar biasa.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan