Amar Asyraf, Nelydia Senrose Dalam Setia Hujung Nyawa Raya

Diterbitkan: Ahad, 4 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Salah satu babak dalam drama Setia Hujung Nyawa Raya lakonan Amar Asyraf dan Nelydia Senrose.
Salah satu babak dalam drama Setia Hujung Nyawa Raya lakonan Amar Asyraf dan Nelydia Senrose.

PETALING JAYA: Drama siri popular Setia Hujung Nyawa yang berjaya mencetuskan fenomena bakal kembali dengan kesinambungan pada telefilem sempena raya Setia Hujung Nyawa Raya pada Hari Raya pertama ini.

Drama lakonan mantap Amar Asyraf, Nelydia Senrose dan Shah Iskandar ini mengisahkan tentang pasangan muda yang baru berkahwin, El dan Zain. El sedang sarat mengandung cenderung untuk lebih sensitif dan mudah tersinggung.

Malah sikap El juga menjadi semakin pemalas, Namun Zain hanya mampu bersabar biarpun dilayan seperti bibik.

Sudah seminggu Ramadan berlalu dan El hanya tidur sahaja, pelbagai cara Zain cuba memujuk El untuk aktif namun tidak berjaya.

Selepas ibu bapa El dan Zain pergi menunaikan Umrah, Zain mengambil keputusan balik ke kampungnya.

Ketika berada di kampung, hubungan El dan Zain mula goyah setelah sepupu Zain, Maisarah muncul dalam kehidupan mereka.

Zain sememangnya menyenangi perangai Maisarah yang kelakar sehingga membuatkan El cemburu dan mengurung diri di dalam bilik.

Jangan ketinggalan menyaksikan Sehingga HUjung Nyawa Raya pada malam pertama Raya, pukul 9.30 malam di TV3.

iklan

Video

Jumaat, 28 Julai 2017 8:18 PM

Tautan Kasih Siti Saleha & Lutfi

Jumaat, 28 Julai 2017 3:00 PM

Zahid Terpaksa Kerja Keras!

Jumaat, 28 Julai 2017 12:24 PM

Atmosfera Tak Cukup Popular?

Jumaat, 28 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: Najwa Latif - KAMU

Khamis, 27 Julai 2017 3:00 PM

Aksi Separuh Bogel Tu Kisah Lamalah!

Khamis, 27 Julai 2017 12:30 PM

Mal Imran Artis Bermusim?

Khamis, 27 Julai 2017 9:00 AM

Panas! Hisyam Hamid & Aaron Aziz Bergaduh?

Rabu, 26 Julai 2017 3:46 PM

Saya Bukan Artis Murahan! - Elvina

Kolumnis

iklan

Iklan