Soo Wincci Cari Cinta Selepas 2 Tahun Hidup Solo

Diterbitkan: Jumaat, 2 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Soo Wincci berharap dapat bertemu dengan jodoh yang sesuai dengannya. Foto ART CHEN
Soo Wincci berharap dapat bertemu dengan jodoh yang sesuai dengannya. Foto ART CHEN

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon Soo Wincci mengakui dia mula berasa sunyi apabila masih lagi belum mempunyai kekasih sejak dua tahun hidup menyendiri.

Wincci, 27, berkata, walaupun dia sanggup mengorbankan masa dan cinta demi mengukuhkan kerjaya seninya yang kian berkembang, jauh di sudut hati wanita itu, dia masih lagi mengharapkan akan ada seorang lelaki yang setia berada di sisi berkongsi rasa susah dan senang bersama.

"Sejak akhir-akhir ini, memang saya terlalu sibuk kerana memberikan fokus sepenuhnya kepada kerjaya seni saya. Lebih-kebih lagi apabila pasaran peminat Melayu mula menerima saya menerusi single lagu terbaharu, Musim Cinta.

"Bagaimanapun, kesibukan itu membuatkan hati belum dimiliki sesiapa lagi dan diakui, saya teringin untuk bercinta semula selepas dua tahun tanpa kekasih.

"Tetapi rasanya lelaki sekarang pun takut nak dekatkan diri dengan saya yang sentiasa sibuk tak tentu masa," katanya.

Wincci ditemui pada acara pemberian kasut raya kepada pihak media di kedai kasut jenama XES, Festival City, di sini, pada Khamis.

Tambah bekas ratu cantik Miss World Malaysia 2008 itu, dia juga menyifatkan ia sebahagian daripada pengorbanan besarnya melupakan seketika keinginan hati bagi mengejar cita-citanya.

"Saya percaya, Tuhan tidak memberikan semua apa yang kita inginkan. Jika mahu kejar cita-cita, maka ada perkara lain yang kita inginkan seperti cinta misalnya, susah untuk kita dapatkan.

"Dan bayangkan pula apabila saya ada kekasih dan berkahwin satu hari nanti, tidak mungkin saya dapat mengejar impian seperti yang dimahukan," ujarnya.

Dalam pada itu, Wincci yang berjaya menempa nama di Taiwan turut gembira apabila dia mula menjadi perhatian masyarakat di sana selepas pelancaran album sulungnya, Happiness di negara itu pada awal Januari lalu.

Malah, penyanyi itu dapat merasa kegembiraan yang berganda selepas lagu Musim Cinta kini sedang hangat dimainkan di semua stesen radio tempatan.

"Sudah lima tahun saya cuba kukuhkan nama dalam industri seni tempatan dan kini hasilnya sudah dapat saya lihat. Selepas kejayaan di Taiwan, masyarakat Malaysia terutamanya golongan Melayu turut menerima saya selepas kemunculan Musim Cinta.

"Bagaimanapun ini sebagai permulaan untuk saya melangkah lebih jauh selepas ini," ujarnya.

Sementara itu, Wincci yang merupakan duta jenama kasut XES turut mempunyai rangkaian kasut wanita rekaannya sendiri iaitu Soo Wincci by XES Shoe Line.

Kasut-kasut itu dijual pada lingkungan harga RM109.90 hingga RM159.90 di semua cawangan XES dan pasar raya terpilih di seluruh negara.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan