Norish Karman Tidak Sunyi Beraya Tanpa Anak

Diterbitkan: Khamis, 1 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Norish memberi laluan kepada bekas suaminya untuk menyambut perayaan berkenaan bersama mereka.
Norish memberi laluan kepada bekas suaminya untuk menyambut perayaan berkenaan bersama mereka.

PETALING JAYA: Pelakon Norish Karman enggan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama anak-anaknya kerana ingin memberi laluan kepada bekas suami menyambut perayaan berkenaan bersama mereka.

Norish, 39, berkata, dia tidak mempunyai masalah mengenai perkara itu kerana mahu merapatkan hubungan anak-anaknya dengan bapa mereka.

"Anak-anak semua tinggal dengan saya dan kami berjumpa hari-hari. Jadi apa salahnya hari raya mereka meluangkan masa bersama bapa mereka.

"Saya tidak pernah memutuskan hubungan mereka kerana itu adalah bapa mereka dan mahu mereka rapat dengannya," katanya kepada mStar Online.

Norish atau nama sebenarnya Nor’asikin Karman dan Datuk Hashimuddin Abdul Kadir, 63, berkahwin pada 11 Januari 1998 di Perlis dan pasangan itu bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 15 Julai 2008.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Muhammad Haqiem Armany, 14, Muhammad Hardy Amieran, 10, dan Putri Hany Amanda, 9.

Norish juga mempunyai seorang lagi anak iaitu Haq Lutfie Alexander yang berusia dua tahun. Bagaimanapun identiti mengenai latar belakang anak itu dirahsiakan.

Sementara itu, Norish berkata, dia tidak berasa sunyi apabila terpaksa menyambut Syawal seorang diri kerana sudah terbiasa dengan keadaan itu.

Malah kata Norish, dia juga sentiasa sibuk kerana perlu menyiapkan tempahan lauk-pauk untuk pelanggan yang memintanya untuk memasak hidangan untuk mereka.

"Sudah setahun saya menjalankan perniagaan katering @KA Catering Hamper & Cookies dan Aidilfitri kali ini jadual saya sudah penuh dengan tempahan untuk majlis rumah terbuka," jelasnya.

Malah untuk perancangan masa depan, Norish ada menyimpan hasrat mahu mengembangkan perniagaannya dengan membuka restoran.

"Insya-Allah jika diberikan rezeki lebih saya mahu membuka sebuah restoran berkonsepkan 1Malaysia kerana saya boleh masak masakan Melayu, Cina dan India. Saya juga boleh sediakan masakan barat, Jepun dan Thailand," ujarnya.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan