Aznil Nawawi Tetap Pantau AF 2013

Diterbitkan: Khamis, 1 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aznil akan tetap memberikan idea bagi memastikan program Akademi Fantasia tidak akan berada di takuk lama.
Aznil akan tetap memberikan idea bagi memastikan program Akademi Fantasia tidak akan berada di takuk lama.

PETALING JAYA: Pengacara Datuk Aznil Nawawi akan tetap memantau dan memberi idea dalam penerbitan program realiti Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) yang akan bermula pada September depan.

Aznil, 53, berkata, sebagai seorang pekerja Astro dan pengalaman lebih 10 tahun mengendalikan program berkenaan, beliau merasakan mempunyai hak untuk bersuara demi memastikan AF kali ini mempunyai kelainan.

"Walaupun penglibatan saya secara tidak langsung tetapi demi memastikan program itu mempunyai kelainan saya tetap akan bersuara dan memberikan pandangan," katanya kepada mStar Online.

Aznil sebelum ini pernah bertindak sebagai pengacara program berkenaan selain Datuk AC Mizal, Sarimah Ibrahim dan Jimmy Shanley.

Dalam perkembangan sama, Aznil berkata, AF masih relevan namun memerlukan kelainan bersesuaian dengan peredaran zaman selain melihat kepada persaingan program konsep sama di stesen televisyen lain.

Jelasnya, walaupun AF telah mempunyai jenamanya tersendiri tetapi formula baharu harus disuntik bagi memastikan ia tidak berada di takuk lama.

"Sudah 10 tahun AF bersiaran dan sudah pasti ia perlukan kelainan kerana penontonnya juga sudah berbeza dan tidak seperti dulu dan saya perlu memantau kerana tidak mahu pengulangan idea berlaku terhadap pengisiannya seperti mana pernah saya lakukan dulu," jelasnya.

Sementara itu, ditanya mengenai peluang AF 2013 untuk kembali menarik minat penonton, Aznil berkata, beliau optimis program itu akan dapat menarik minat penonton kerana sejarahnya sebelum ini selain pembaharuan yang bakal dibuat pihak produksi.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan