RTM Hidang 70 Program Menarik Sempena Syawal

Diterbitkan: Selasa, 30 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Suhaimi memberitahu RTM turut menerbitkan program sendiri yang akan disiarkan menerusi TV1, TV2, TVi dan stesen Radio RTM.
Suhaimi memberitahu RTM turut menerbitkan program sendiri yang akan disiarkan menerusi TV1, TV2, TVi dan stesen Radio RTM.

PETALING JAYA: RTM menyediakan 70 rancangan menarik bertemakan 'Raya Kita' bersempena kedatangan Aidilfitri yang bakal disambut pada Ogos ini.

Pengarah Bahagian Program TV, Suhaimi Jamalin berkata, susunan rancangan itu termasuklah 35 jam tayangan program-program penerbitan dalaman RTM yang akan disiarkan menerusi TV1, TV2, TVi dan stesen Radio RTM.

"Tema 'Raya Kita' yang dipilih bukan sahaja ingin memfokuskan kepada program-program berbentuk hiburan sahaja tetapi turut menampilkan rancangan yang mempunyai nilai murni, keagamaan serta budaya masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia," jelasnya kepada mStar Online.

Program raya TV1 dengan slogan ‘Warnai Aidilfitri’ dimulakan dengan siaran langsung Gema Takbir, hiburan Islam terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada malam raya diikuti siaran langsung Solat Sunat Aidilfitri dari Masjid Negara pada keesokannya.

Rancangan lain ialah Bicawara Khas Raya: Forum Perdana Ehwal Islam, tujuh telefilem, lapan muzikal dan lima program retro.

Sementara itu, TV2 dengan slogan ‘Riuh Raya’ pula menampilkan pelbagai filem hebat termasuk Papadom, Selamat Pagi Cinta, Ombak Rindu, Bunohan, Ratu The Movie, Karipap-Karipap Cinta, Tentang Bulan dan Persona Non Grata.

Empat drama menarik turut disajikan iaitu, Murai Pak Murad, Barakah, 4 Beradik dan Bapa-Bapa Aidilfitri serta rancangan hiburan Akustika Syawal, Konsert Sanggar Lebaran Siti Nurhaliza, Candawara Raya : Yang Luar Biasa dan dua muzikal kanak-kanak, Juara Raya dan 1 Bulan 3 Bintang.

TVi (Saluran 180 Astro) dengan tagline ‘Syawal Di Hati’ bakal menyiarkan program interaktif empat radio RTM iaitu iNasional, KL Aktif iBagus Bah dan Sarawak Aktif.

Sebanyak 14 telefilem Khas Syawal turut ditayangkan menerusi slot Wayang-i termasuk Untung Atas Angin, Bahulu Celup, Hijabista Kampung, Man Jenggo, Rembau Ada Wifi?, Tukang Jahit Tak Raya dan Tutty Polka Dot.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan