Erma Fatima Bukan Sengaja Cetuskan ‘Pergaduhan’

Diterbitkan: Selasa, 30 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Erma Fatima
Erma Fatima

PETALING JAYA: Penerbit dan pengarah filem Erma Fatima mengakui berasa sedih apabila sering dianggap sebagai wanita ‘kaki gaduh’ termasuklah dalam kejadian terbaharu melibatkan Rabecca Nur Al-Islam.

Erma atau nama sebenarnya, Fatimah Rahmad, 45, berkata, pergaduhan yang tercetus itu bukannya sengaja diada-adakan, tetapi dia mempunyai sebab tersendiri mengapakah peristiwa sedemikian boleh berlaku.

"Seperti yang anda tahu, saya seorang yang lantang bersuara dan suka berterus terang. Dan bila tidak suka sesuatu perkara, saya akan cakap.

"Kalau di set penggambaran, artis buat kerja tak betul, saya tegur. Begitu juga apabila ada yang menyuarakan rasa tidak puas hati mereka tentang saya, saya balas pendapat itu jika ada fakta yang salah.

"Tetapi lain pula jadinya apabila orang kata saya ini kaki gaduh dan asyik nak cari fasal dengan orang pula," katanya kepada mStar Online.

Baru-baru ini, Erma dan Rabecca Nur Al-Islam Ahmad, 27, bertegang urat apabila Erma selaku pengarah drama Dejavu Di Kinabalu gagal melunaskan baki bayaran lakonan pelakon itu sebanyak 40 peratus.

Hal tersebut membuatkan Rabecca memfailkan saman di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 23 Julai lalu.

Bagaimanapun Erma enggan mengulas panjang mengenai kes itu kerana masih dalam perbicaraan.

"Kes masih berjalan dan akan ada perbicaraan selanjutnya. Saya juga seorang artis, jadi saya tidak akan buat seperti yang didakwa dia (Rebecca). Selama saya menjadi penerbit drama atau filem perkara seperti ini (tidak bayar pelakon) juga tidak pernah berlaku," ujarnya.

Dejavu Di Kinabalu diterbitkan oleh syarikat Erma sendiri iaitu Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd sebanyak 28 episod dan disiarkan menerusi slot Akasia di TV3, bermula 18 Jun hingga 31 Julai 2012.

Selain Rabecca, drama berkenaan turut dibintangi Tiz Zaqyah, Aqasha, Nazim Othman dan Aishah Ilias.

Pada tahun 2010, Erma juga pernah berperang mulut dengan aktres Elly Suriati yang mendakwa skrip serta jalan cerita teater muzikal Antara yang diarahnya bertentangan dengan ajaran serta akidah Islam.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan