Tujuh Personaliti Bergabung Dalam 'Kecoh Pengacara Beraya'

Diterbitkan: Sabtu, 27 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tujuh pengacara popular daripada TV3 menyertai program Kecoh Pengacara Beraya.
Tujuh pengacara popular daripada TV3 menyertai program Kecoh Pengacara Beraya.

PETALING JAYA: Seramai tujuh orang pengacara TV3 akan berentap dalam program Kecoh Pengacara Beraya yang akan bersiaran pada Hari Raya Kedua nanti pada pukul 6 petang.

Penerbitnya, Nurul Huda Khalid, berkata, program tersebut menampilkan kelainan apabila ia hanya menggunakan suara latar.

"Jika Aidilfitri yang lalu TV3 menampilkan program Dialah Juara, kali ini kami mempersembahkan Kecoh Pengacara Beraya penuh dengan gelagat dan aksi spontan yang mencuit hati.

"Biasanya kita melihat pengacara-pengacara ini menjadi perantara sesebuah program namun kali ini penonton dapat menyaksikan mereka sendiri menjadi peserta," katanya.

Tujuh pengacara yang terlibat adalah Fara Fauzana (Nona), Neelofa (Nona), Scha Al-Yahya (Muzik Muzik 28), Amyza Aznan (Woot! Woot!), Zizan Razak (Melodi), Awal Ashaari (Melodi), Faizal Ismail (Anugerah Juara Lagu & Vokal) dan Kamal Adli (Hip TV).

Malah kata Nurul, kesemua mereka yang dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan (Wajik) diwakili oleh pengacara lelaki dan satu lagi kumpulan (Burn D’ Bamboo) oleh pengacara perempuan akan beraksi di set gelanggang tinju.

Dalam perkembangan sama, Nurul berkata, memandangkan kesemua pengacara lebih banyak terlibat dengan program berbentuk hiburan dan majalah, mereka akan di beri tiga cabaran berbeza iaitu Mengulas Sukan, Teka Selebriti dan K-Pop Style.

Pasukan yang memenangi pertandingan itu akan menyumbangkan wang kemenangan mereka kepada dua rumah kebajikan iaitu Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Sungai Pinang dan Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah yang terletak di Klang, Selangor.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan