Hans Isaac Tidak Guna Gosip Cinta Untuk Promosi Filem

Diterbitkan: Sabtu, 27 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hans Isaac
Hans Isaac

PETALING JAYA: Pengarah dan pelakon Hans Isaac berharap tiada pihak yang cuba mengaitkan gosip cintanya dengan aktres Neelofa dalam filem baharu arahannya iaitu Lemak Kampung Santan.

Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, 42, berkata, langkah menjaja cerita cinta bertujuan untuk mempromosikan sesebuah karya filem bukanlah caranya bagi meraih sokongan ramai walaupun Neelofa turut berlakon dalam filem itu.

"Memang saya mula kenal Lofa (Neelofa) sejak berlakon bersama dalam filem ini. Tetapi bukan ini (gosip cinta) cara saya promosi filem.

"Saya sedih dan terkilan sekiranya ada yang cuba mengaitkan kisah cinta kami sebagai satu taktik untuk mempromosikan Lemak kampung Santan. Itu bukan filem namanya," katanya.

Gosip hubungan Neelofa dan Hans mula diperkatakan sejak mereka bekerjasama bagi filem berkenaan dua tahun lalu. Namun sehingga kini, tiada sebarang kenyataan jelas mengenai kesahihan hubungan mereka itu.

Sementara itu, filem Lemak Kampung Santan bakal ditayangkan pada sambutan Hari Raya pertama iaitu pada 8 Ogos depan.

Ia akan bersaing dengan filem terbitan Metrowealth International Group (MIG) iaitu Adnan Sempit 3.

Bagaimanapun, Hans tidak menganggap ia sebagai satu persaingan kerana yakin setiap filem mempunyai keistimewaan dan tarikan yang tersendiri.

"Saya tidak ada masalah jika masyarakat mahu menonton filem itu kerana saya percaya mereka boleh menyaksikan satu atau dua filem dalam satu masa.

"Malah saya tidak tercabar dengan kehadiran Adnan Sempit 3 dan saya tak tengok pun filem itu sebelum ini.

"Cuma saya percaya orang boleh membeli satu atau dua tiket mahupun tiga tiket pelbagai filem dalam satu masa. Itu adalah normal. Jadi tidak perlu risau untuk itu. Setiap filem memiliki daya tarikan masing-masing," ujarnya.

Tambah Hans, kekuatan jalan cerita filem Lemak Kampung Santan juga pasti akan menarik perhatian penonton untuk menonton semula filem itu.

Dalam hal lain pula, Hans berkata, dia tidak akan mengikut jejak penerbit lain menjual filem tersebut kepada mana-mana pihak stesen televisyen selepas ia selesai ditayangkan di pawagam walaupun pihaknya perlu berdepan dengan risiko mendapat keuntungan rendah.

Lemak Kampung Santan merupakan taruhan terbaharu Hans selepas filem Cuci pada tahun 2007.

Karya terbaharu itu mengisahkan tentang seorang pemuda bandar, Ridzuan (Hans Isaac), yang jatuh cinta dengan seorang gadis kampung bernama Tiqa (Neelofa).

Ridzuan merupakan seorang pereka binaan untuk sebuah syarikat Terkemuka manakala Tiqa pula seorang penjual nasi lemak di Kampung Santan.

Pertemuan pertama mereka berlaku tanpa diduga di Kampung Santan di mana gadis itu tidak tahu Ridzuan merupakan ketua projek yang akan membina sebuah resort selain memaksa semua penduduk Kampung Santan untuk berpindah.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan