Sikap Ramah Fizz fairuz Buatkan Ramai Wanita Salah Faham

Diterbitkan: Khamis, 25 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Fizz Fairuz bersama bekas kekasihnya Almy Nadia
Fizz Fairuz bersama bekas kekasihnya Almy Nadia

KUALA LUMPUR: Pelakon Fizz Fairuz mengakui sikapnya yang sentiasa ramah membuatkan ramai rakan wanitanya salah faham dengan erti perhubungan yang dijalinkan itu.

Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 34, berkata, hal itu mengundang rasa serba salah pada dirinya kerana dilihat seperti memberi harapan kepada individu berkenaan.

"Saya jenis yang cepat mesra dengan sesiapa sahaja, termasuklah wanita-wanita yang saya kenali.

"Tetapi lain pula jadinya apabila ada yang salah faham, yang mungkin menampakkan saya seperti memberi harapan untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius, sedangkan tidak. Kadang-kadang, saya pula berasa serba salah," katanya.

Tambah Fizz, sejak kontroversi dia memutuskan ikatan pertunangannya dengan seorang wanita berstatus isteri orang, ada beberapa wanita lain yang mencuba nasib menawarkan diri untuk menjadi kekasihnya.

Malah, ada juga golongan berstatus VIP cuba mendekatinya, namun Fizz hanya bersikap biasa dan enggan terburu-buru dalam melakukan sebarang keputusan kerana tidak mahu 'pisang berbuah dua kali'.

Terdahulu, Fizz pernah mencetuskan kontroversi apabila pelakon itu telah bertunang dengan isteri orang dalam sebuah majlis rahsia pada 10 Februari tahun lalu.

Rahsia wanita yang berasal dari Kuantan, Pahang tersebut terbongkar apabila Fizz sendiri dimaklumkan oleh kawan kepada adik wanita tersebut mengenai status “tunangnya” itu dan seminggu selepas itu, Fizz memutuskan ikatan tersebut.

Sementara itu, ditanya pula status perhubungannya dengan bekas kekasih, aktres Almy Nadia, Fizz berkata, perhubungan mereka hanya sekadar teman biasa.

Bagaimanapun, ibunya, sesekali ada bertanya mengenai Almy dan mahu Fizz kembali menjalinkan hubungan semula dengan wanita itu.

“InshaAllah kalau ada rezeki, saya akan kahwin tahun ini atau mungkin tahun depan. Mak saya sekarang pun tengah sakit. Setiap hari dia tanya bila saya nak kahwin, dimana saya sendiri tak tahu.

"Ada juga dia tanya tentang Almy dan mahu kami berbaik. Kadang-kadang mak cuba jodohkan saya dengan anak kawan-kawannya, tetapi saya pula tak berkenan. Apa-apapun saya serah jodoh pada Allah," ujarnya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan