Lapan Selebriti Popular Jadi Duta Anugerah Syawal TV3

Diterbitkan: Khamis, 25 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Antara selebriti yang dilantik menjadi duta Anugerah Syawal TV3
Antara selebriti yang dilantik menjadi duta Anugerah Syawal TV3

KUALA LUMPUR: Lapan selebriti popular yang terdiri daripada Adi Putra, Nora Danish, Fiza Sabjahan, Amar Asyraf, Nelydia Senrose, Aiman Hakim Ridza, Tasha Shilla dan Neelofa dilantik oleh TV3 sebagai duta Anugerah Syawal 2013.

Pengurus Besar Kumpulan TV3 & TV9, Sherina Nordin, berkata, selebriti yang dipilih ini akan mempromosikan program di televisyen dan radio sepanjang bulan Syawal ini.

"Sebagai saluran TV yang menjadi pilihan utama pada musim perayaan ini, TV3 tidak pernah menghampakan penonton setianya dengan menghidangkan pelbagai program menarik pada Hari Raya.

"Kami juga menyinari Aidilfitri anda bersama bintang-bintang ternama yang akan mempromosikan program istimewa kami di televisyen, radio dan rantaian poster khas dan papan iklan di beberapa lokasi utama sekitar Kuala Lumpur," katanya pada majlis pelancaran Anugerah Syawal TV3 di Hotel Istana, di sini pada Rabu.

Majlis turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar.

Selain itu, Media Prima bekerjasama dengan Bunkface dalam menghasilkan sebuah lagu Hari Raya yang berjudul Anugerah Syawal sebagai lagu tema.

"Anugerah Syawal merupakan pengalaman pertama Bunkface mencipta dan menyanyi lagu raya. Lebih menarik lagi lagu ini mempunyai dua versi iaitu Pop Rock dan Akustik yang mengisahkan tentang keriangan menyambut Syawal.

"Saya yakin akan menjadi lagu raya kegemaran baru bagi golongan muda dan tua," tambahnya.

Sementara itu, sempena Hari Raya Aidilfitri TV3 akan menyiarkan tayangan eksklusif filem-filem menarik seperti Apa Celop Toqq, Lagenda Budak Setan, Adnan Balik Raya, Kongsi, Ngankung, Khurafat, The Fast & The Furiuos:Tokyo Drift, Hantu Gengster, Setia Hujung Nyawa Raya, Karlos Bolos dan Abang Long vs Kak Yong.

Tidak ketinggalan telefilem istimewa menyentuh perasaan seperti Abah Tak Balik Malam Raya, Raya Pak Pak Pong, Ijab & Kabul dan Malaikat Di Pintu.

Selain itu, TV3 turut menyediakan program hiburan terbaik seperti Sampaikan Raya, Melodi Raya, Dikir Stail dan Kecoh Pengacara Beraya.

Program berbentuk majalah seperti Malaysia Hari Ini Khas Raya, Jejak Rasul, kisah Mualaf, Unsung Places, Ceriataku dan Budak Zapin akan disiarkan sepanjang bulan Syawal ini.

Dalam pada itu, TV3 juga akan mengagihkan 800 beg yang mengandungi set berbuka puasa kepada pengguna lebuh raya yang melalui beberapa tol terpilih pada 31 hingga 3 Ogos depan.

Bagi penumpang bas di Terminal Bersekutu Bersepadu di Bandar Tasik Selatan pula, agihan akan dibuat pada 5 dan 6 Ogos depan bermula pada pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari.

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan