Ashraf Muslim Kahwin Isteri Kedua Bukan Masalah Zuriat

Diterbitkan: Khamis, 25 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ashraf menjawab pertanyaan pihak media berhubung kontroversi pernikahannya.
Ashraf menjawab pertanyaan pihak media berhubung kontroversi pernikahannya.

KUALA LUMPUR: Keputusan pelakon Ashraf Muslim untuk mengambil Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, sebagai isteri keduanya bukanlah disebabkan ketiadaan zuriat selepas berkahwin dengan Noor Dayana Lokman.

Ashraf, 32, berkata, hasratnya untuk menikahi Sakinah adalah disebabkan hubungan mereka yang terjalin sejak sekian lama iaitu sebelum dia melangsungkan perkahwinan pertamanya.

"Saya berkahwin dengan Sakinah kerana memang hati saya terdetik untuk menikahi dia dan bukan kerana alasan ketiadaan zuriat.

"Saya mengenali Sakinah sudah lama iaitu sebelum saya berkahwin dengan Dayana lagi. Saya bukan manusia sempurna," katanya pada sidang media yang dilakukan di Menara Mara, di sini, Khamis.

Ashraf berkahwin dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi pada 7 Julai lalu di Pattalung, Selatan Thailand yang turut dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak.

Manakala perkahwinan pertamanya dengan Noor Dayana Lokman, 26, adalah pada 30 Ogos 2011 di Mekah namun belum dikurniakan cahaya mata.

Jelas Ashraf, dia mengambil keputusan untuk berkahwin di Thailand sebelum menerima kebenaran poligami daripada mahkamah adalah kerana berlaku beberapa perkara di luar jangkaan.

"Saya mahu menjaga hati ramai pihak dan pada asalnya ingin memberitahu semua selepas semuanya selesai.

"Namun sebelum sempat untuk beritahu Dayana sudah mengetahui terlebih dahulu apabila menjumpai beberapa bukti dan tiket penerbangan di dalam beg saya," katanya.

Sementara itu, Ashraf turut mengakui telah merujuk perkara tersebut kepada beberapa pihak serta golongan ustaz dan pakar kaunseling sebelum membuat keputusan berpoligami itu.

"Saya tahu ia sesuatu yang sukar terutama sekali untuk berlaku adil kepada kedua-dua pihak.

"Saya sudah minta pendapat kepada semua pihak termasuk keluarga saya, memang ada yang tidak setuju tapi ini adalah keputusan yang saya buat," katanya.

Katanya, buat masa ini tanggungjawab utama adalah untuk menjernihkan keadaan dan memulihkan hubungan isteri-isteri dan keluarga kedua-dua belah pihak.

"Sekarang saya dalam proses untuk memujuk kedua-dua belah keluarga dan tenangkan keadaan. Namun keadaan di luar masih belum tenang.

"Dayana pun dalam proses untuk menerima keadaan, begitu juga Sakinah yang banyak terima kecaman daripada orang luar.

"Saya hanya nasihatkan mereka agar banyak bersabar dan ikut cakap saya," ujarnya.

Tambah Ashraf lagi, dia sudah mempunyai perancangan masa depan kepada kedua-dua isterinya.

Dalam pada itu, Ashraf turut meminta maaf kepada keluarga kedua-dua belah pihak serta peminat kerana timbulnya isu di luar jangkaan sebegini.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan