Red Box Agih Duit Raya Kepada Ibu Tunggal

Diterbitkan: Rabu, 24 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ibu-ibu tunggal dan anak-anak mereka bergambar kenangan bersama penderma.
Ibu-ibu tunggal dan anak-anak mereka bergambar kenangan bersama penderma.

KUALA LUMPUR: Kira-kira 10 orang ibu tunggal termasuk anak-anak mereka menerima duit raya sebanyak RM500 setiap seorang menerusi sumbangan daripada hasil penjualan beg ‘We Care’ berharga RM10 anjuran pusat hiburan Red Box dengan kerjasama pihak swasta lain.

Pengarah Urusan Red Box Karaoke, Valeria Choo berkata, sumbangan itu disalurkan menerusi hasil kutipan penjualan beg berkenaan bermula pada 27 Februari lalu yang disalurkan kepada tabung kebajikan Utusan Karya Sdn Bhd (UKSB).

"Program ini adalah sebagai tanda penghargaan dan sumbangan daripada pelanggan Red Box kepada golongan yang memerlukan dengan kerjasama UKSB dan pihak Adabi,” katanya pada majlis penyerahan sumbangan berkenaan di Red Box Pavillion di sini pada Isnin lalu..

Ia turut diserikan dengan kehadiran artis popular seperti Awi Rafael, Asmidar dan Hijjaz.

Hadir sama Pengurus Besar Pemasaran Adabi, Edrian Roslan dan Ketua Pegawai Operasi UKSB, Zurzaliza Bajuri.

Sementara itu Zurzaliza berkata, selain untuk ibu tunggal berkenaan, wang sebanyak RM20,000 yang diterima menerusi kempen berkenan turut diserahkan kepada lima rumah kebajikan dan anak-anak yatim lain.

Katanya ia sebagai sebahagian tanggungjawab syarikat penerbitan majalah itu untuk membantu golongan memerlukan melalui perolehan wang daripada kempen-kempen serta kerja amal yang dilaksanakan.

“Kami memberi wang ini kepada beberapa individu dan rumah kebajikan lain seperti di Jengka, Pahang dan Klang, Selangor,” katanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan