Tam (Spider) Gesa Prism Beri Penjelasan Agihan Royalti Ahli

Diterbitkan: Selasa, 23 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tam menyokong beberapa ahli daripada Prism yang mempersoalkan cara royalti dibayar kepada ahli.
Tam menyokong beberapa ahli daripada Prism yang mempersoalkan cara royalti dibayar kepada ahli.

PETALING JAYA: Vokalis kumpulan Spider iaitu Tam bersetuju dengan tindakan beberapa ahli Performers and Artistes' Rights (M) Sdn Bhd (Prism) yang mempersoalkan cara agihan royalti kepada ahli yang dilihat boleh dipersoalkan.

Tam atau nama sebenarnya Rustam Mustafa, 40, berkata, perkara tersebut telah lama menjadi tanda tanya kebanyakan ahli yang berdaftar dengan Prism dan menggesa pihak tersebut tampil memperjelaskan isu berkenaan.

"Ada sebab mengapa kami persoalkan perkara tersebut dan saya bersetuju dengan tindakan beberapa ahli yang tampil ke depan untuk mengetengahkan masalah ini.

"Ia sudah lama berlarutan tetapi tiada siapa yang berani untuk tampil mempertahankan hak kami sebagai pemuzik dan artis," jelasnya ketika ditemui mStar Online.

Menerusi laporan mStar Online pada 10 Julai lalu, Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) akan mengambil tindakan terhadap Prism sekiranya badan itu enggan membenarkan akaun mereka diperiksa oleh juruaudit bertauliah bagi menentukan cara dan sistem pengagihan royalti dibuat kepada ahli berdaftar.

Presiden Karyawan, Datuk Freedie Fernandez berkata, pihaknya menerusi peguam yang dilantik oleh iaitu Tetuan Aizul Rohan Anuar and Associates telah menghantar surat kepada Prism berhubung perkara berkenaan pada 26 Jun lalu namun masih belum mendapat sebarang maklum balas.

Turut tampil pada sidang media berkenaan adalah pemuzik dan ahli Prism, Aznan Alias.

Dalam perkembangan sama, Tam berkata, pihak Prism perlu telus dan adil terhadap semua ahli-ahli dan bukannya menganiaya mereka.

"Rata-rata pemuzik dan penyanyi di negara ini tidak mempunyai pencen atau pun simpanan dalam KWSP dan menerusi kutipan royalti inilah sebagai salah satu jaminan untuk hari tua mereka.

"Permintaan kami bukan banyak hanya jelaskan cara penentuan royalti dibuat supaya tiada siapa yang teraniaya dalam hal ini," katanya.

Ahli-ahli Prism terdiri daripada mereka yang membuat persembahan di khalayak seperti penyanyi dan pemuzik.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan