Seniman Kesal Dianggap Tidak Praktikal Kendali Kes

Diterbitkan: Selasa, 23 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Zed memberitahu Seniman mempunyai rekod dalam menyelesaiakn beberapa kes dan ia menunjukkan pihaknya lebih efisyen dalam menjalankan tanggungjawab tersebut.
Zed memberitahu Seniman mempunyai rekod dalam menyelesaiakn beberapa kes dan ia menunjukkan pihaknya lebih efisyen dalam menjalankan tanggungjawab tersebut.

PETALING JAYA: Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) kesal dengan tuduhan dan pandangan presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Farnandez yang menganggap cara persatuan itu mengendalikan sesebuah kes adalah tidak praktikal.

Presidennya, Zed Zaidi berkata, rekod yang dicapai oleh persatuan itu dalam menyelesaikan beberapa kes telah menunjukkan pihaknya lebih efisien dalam menjalankan tanggungjawab tersebut.

"Kita mahu kes tersebut diselesaikan dengan cara yang betul dan ada hitam-putih agar tidak berlaku yang tidak diingini yang boleh melibatkan pihak mahkamah.

"Saya tidak faham mengapa dia kata kami lambat dan perlu lebih banyak belajar sedangkan jika kita lihat beberapa masalah artis sebelum ini telah berjaya diselesaikan oleh Seniman.

"Ketika itu mana persatuan-persatuan lain yang hanya wujud dengan nama sahaja?" katanya ketika menghubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Zed berkata demikian ketika mengulas kenyataan Freddie Fernandez yang menasihatkan Seniman agar bertindak menggunakan cara yang bijak dalam menyelesaikan sesebuah kes.

Freddie dalam artikel yang dikeluarkan mStar Online pada Jumaat lalu turut meminta Zed agar menggunakan cara lebih bijak dalam mengendalikan sebarang kes.

Dalam pada itu, Zed juga mengakui terkilan apabila dikatakan sebagai tidak mendengar pandangan ahli serta bersikap 'bodoh sombong' selama memegang jawatan presiden persatuan itu.

"Saya cuba jadi pemimpin yang baik dan memperjuangkan hak-hak dan kebajikan artis untuk hari tua, tetapi begini pula anggapan mereka.

"Pada saya ini adalah cara orang muda memimpin persatuan dan cara saya lebih melihat jangka masa panjang bukan hanya melihat secara apa yang berlaku depan mata," katanya.

Bagaimanapun, Zed berkata dia tidak mahu mengeruhkan keadaan dan berharap kedua-dua persatuan meneruskan tanggungjawab dan objektif masing-masing tanpa sebarang niat dan agenda tersembunyi.

Sementara itu, Zed turut mengucap tahniah kepada Karyawan dalam menyelesaikan dua kes yang dibuat pelakon Ezany Nizariff dengan sebuah syarikat produksi drama yang melibatkan hutang tertunggak serta kes kononnya dia digam oleh RTM.

Kes Ezany itu selesai selepas meminta bantuan Freddie Fernandez.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan