Salman Khan & Shah Rukh Khan Hapus Sengketa

Diterbitkan: Selasa, 23 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Salman Khan memeluk erat Shah Rukh Khan dalam satu majlis berbuka puasa. foto -AFP
Salman Khan memeluk erat Shah Rukh Khan dalam satu majlis berbuka puasa. foto -AFP

PELAKON Bollywood popular Salman Khan dan Shah Rukh Khan dilaporkan memeluk antara satu sama lain dalam satu majlis berbuka puasa tahunan anjuran Kongres Baba Siddique.

Kedua-dua aktor ini dikatakan berselisihan faham pada ulang tahun pelakon Katrina Kaif pada tahun 2008 dan tidak pernah bercakap.

Kedua-dua mereka pada awalnya bertemu antara satu sama lain, bersalaman dan seterusnya berpelukan.

Seperti dilaporkan Newkerala, kedua-dua mereka kelihatan benar-benar ikhlas dalam mencari jalan pendamaian dan berbaik semula.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan