Mahkamah Tolak Permohonan Lima Artis Veteran Terhadap Seniman

Diterbitkan: Selasa, 23 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Bekas Presiden Seniman, Harun Salim Bachik turut dinamakan sebagai defendan.
Bekas Presiden Seniman, Harun Salim Bachik turut dinamakan sebagai defendan.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa menolak permohonan lima artis veteran untuk memasukkan penghakiman ingkar terhadap Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan tujuh lagi dalam saman mereka berhubung mesyuarat agung persatuan itu yang didakwa tidak sah.

Hakim, Rosilah Yop membuat keputusan itu dalam kamar dengan dihadiri peguam Majdah Muda yang mewakili lima artis veteran itu dan Suhaimi Saad mewakili persatuan tersebut dan tujuh yang lain.

Majdah memberitahu pemberita bahawa mahkamah juga menolak permohonan lima artis veteran selaku plaintif itu untuk mengetepikan pembelaan yang difailkan pihak defendan.

"Mahkamah menolak kedua-dua permohonan plaintif atas alasan ada isu-isu untuk dibicarakan," katanya.

Mahkamah menetapkan 2 hingga 4 Oktober depan untuk perbicaraan.

Pada 22 Februari lepas, lima artis veteran iaitu Abu Bakar Omar, Sahlan Sudiran, Mior Ahmat Zaudi Mior Ali, Datuk Abdullah Sani dan Roslinda Buang memfailkan saman terhadap persatuan itu dan tujuh yang lain berhubung mesyuarat agung persatuan yang didakwa tidak sah.

Mereka menamakan persatuan itu, presidennya ketika itu Haron Aminar Rashid Salim atau Harun Salim Bachik, setiausaha Omar Kamarudin atau Yusof Kelana, bendahari Wafa A. Kadir dan Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, yang semasa itu pemangku timbalan presiden, sebagai defendan.

Tiga lagi ialah anggota jawatankuasa persatuan iaitu Elyas Ismail, Syed Ahmad Nahar Syed Mokhtar dan Zaharudin Wahab.

Dalam pernyataan tuntutan, plaintif memohon satu deklarasi bahawa Mesyuarat Agung Persatuan Seniman Malaysia ke-14 serta Laporan Kewangan Tahun 2011 dan minit mesyuarat agung yang dibentangkan pada 26 Mei 2012 adalah tidak sah dan terbatal.

Mereka mendakwa selain plaintif dan defendan, terdapat beratus-ratus lagi yang hadir pada mesyuarat itu diragui keanggotaannya.

Mereka juga memohon deklarasi pemilihan anggota jawatankuasa persatuan yang diadakan pada mesyuarat itu tidak sah.

Plaintif turut memohon ganti rugi am, ganti rugi teladan serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah selain menuntut Harun Salim Bachik, Yusof Kelana dan Wafa membayar RM56,000 kepada persatuan itu atas dakwaan menyebabkan kerugian kepada persatuan berhubung pembelian hartanah. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan