Awi Rafael Erat Hubungan Dengan Keluarga Sempena Ramadan

Diterbitkan: Selasa, 23 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Awi akan ke Jakarta untuk bertemu dengan bapanya sebelum kembali untuk berhari raya di Pontian, Johor dan Singapura.
Awi akan ke Jakarta untuk bertemu dengan bapanya sebelum kembali untuk berhari raya di Pontian, Johor dan Singapura.

PETALING JAYA: Penyanyi lagu Asalkan Aku Ok! iaitu Awi Rafael akan menggunakan kesempatan kedatangan bulan Ramadan ini untuk mengeratkan hubungan dengan ahli keluarganya.

Jelas Awi, 27, dia merancang mahu ke Jakarta, Indonesia dalam masa terdekat untuk bertemu dengan bapanya yang kini menetap di Kepulauan Bali bagi meluangkan masa bersamanya.

"Ayah tinggal di Bali tetapi jika kami ingin berjumpa dia akan ke Jakarta untuk bertemu. Kesibukan dengan kerjaya masing-masing membuatkan kami jarang berjumpa.

"Tetapi saya tidak mahu melepaskan peluang mengambil keberkatan bulan Ramadan ini untuk mengeratkan silaturahim di antara kami," katanya ketika ditemui mStar Online.

Dalam perkembangan sama, Awi akan mengambil peluang ketika berada di Jakarta mencari ilham untuk album terbaharunya selain mengintai peluang bagi melebarkan sayap ke negara itu.

Jelas Awi, sebagai penyanyi dan pencipta lagu dia harus membuat kajian tentang penerimaan muzik masyarakat di sana selain memahami budaya mereka dengan lebih mendalam.

"Bukan mudah untuk menembusi pasaran di Indonesia dan sebagai pemuzik saya mahu mendalami tentang cita rasa dan budaya selain bahasa mereka supaya dapat menghasilkan produk yang mampu diterima masyarakat di sana," jelasnya.

Dalam pada itu, bercakap mengenai persiapan Hari Raya, Awi berkata, dia seorang yang ringkas dan akan lebih banyak menghabiskan masa untuk menziarahi saudara mara dan rakan-rakan.

Jelas Awi, setiap kali menjelang Aidilfitri dia akan memastikan dapat berhari raya di Pontian, Johor iaitu kampung ibunya sebelum ke Singapura dan seterusnya ke Jakarta.

"Saya banyak berjalan apabila tiba Hari Raya kerana ini adalah masanya untuk menziarahi keluarga yang kita jarang-jarang jumpa," katanya.

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan