Mu'adz Mahu Perluaskan Nasyid Menerusi Muzik Moden

Diterbitkan: Isnin, 22 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mu'adz berhasrat untuk memperluaskan lagu-lagu berunsurkan ketuhanan dan kerohanian dengan susunan muzik yang lebih moden.
Mu'adz berhasrat untuk memperluaskan lagu-lagu berunsurkan ketuhanan dan kerohanian dengan susunan muzik yang lebih moden.

PETALING JAYA: Penyanyi Mu'adz Zulkifli berhasrat memperluaskan lagu-lagu berunsurkan ketuhanan dan kerohanian menerusi susunan muzik yang lebih moden supaya dapat menarik lebih banyak pendengar menerusi album terbaharunya.

Mu'adz, 34, berkata, dengan cara tersebut mesej kebaikan dan dakwah dapat disampaikan dengan lebih berkesan dan meluas kepada masyarakat.

"Konsep album berkenaan disusun dengan muzik yang moden supaya dapat memperluaskan dan menarik minat pendengar bukan sahaja yang sukakan kepada muzik nasyid tetapi secara keseluruhan.

"Dengan cara ini Insya-Allah ia akan dapat memecahkan jurang yang terdapat kepada lagu-lagu ketuhanan dan kerohanian dengan yang lain apabila muzik moden digunakan," katanya ketika ditemui mStar Online baru-baru ini.

Dalam perkembangan sama, Mu'adz yang bakal tampil dengan album keduanya berjudul Rindukan Cahaya dalam masa terdekat ini memberitahu bertuah mendapat kerjasama Noe daripada kumpulan Letto untuk menerbitkan album terbaharunya itu.

Jelas Mu'adz, muzik yang dihasilkan oleh Noe berbeza tanpa meninggalkan trend semasa dalam memberikan kesegaran kepada muzik nasyid yang dibawanya.

"Noe tahu apa yang saya mahukan apabila saya bercerita mengenai konsep dan visi album tersebut tanpa meninggalkan elemen ketenangan yang ada pada muzik nasyid," jelasnya.

Tambah Mu'adz, dia mengambil masa selama hampir dua bulan merakamkan album tersebut di Yogyakarta yang bakal memuatkan lima buah lagu.

Pernah melahirkan sebuah album berbentuk pendidikan pada tahun 2006, Mu'adz bagaimanapun berkata ia tidak begitu berjaya mengangkat namanya sebaris dengan artis lain dan mengakui hampir berputus asa dengan kerjaya nyanyiannya.

Graduan bidang Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu berkata, sepanjang tujuh tahun menyepikan diri, dia banyak mengintai peluang bagi merialisasikan impiannya dalam bidang muzik.

"Ada penerbit yang ingin bantu menerbitkan album terbaharu tetapi saya tidak yakin tambahan pula keadaan industri muzik dan penjualan album yang lembab ketika itu.

"Bagaimanapun rezeki bertemu dengan Alibi Music telah meyakinkan saya untuk menerbitkan album kedua," jelasnya.

Antara lagu yang dimuatkan dalam album tersebut adalah Rindukan Cahaya, Sambutlah, Keampunan dan Ketika Mencinta.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan