Cory Monteith Dikatakan Bertunang Sebelum Mati

Diterbitkan: Ahad, 21 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SATU khabar baharu buat peminat mendiang Cory Monteith apabila aktor itu dikatakan sudah bertunang dengan aktres Lea Michele sebelum dia ditemui mati di sebuah hotel pada Ahad lalu.

Menurut laporan portal Perez Hilton, beberapa hari sebelum bintang siri Glee itu meninggal dunia, pasangan itu sempat berbincang mengenai perkahwinan mereka.

Sumber lain pula mengatakan bahawa hubungan Cory dan Lea sedang dilanda masalah kerana Cory masih lagi bergantung dengan pengambilan dadah yang melampau.

Bagaimanapun sehingga kini Lea masih belum mengesahkan pertunangan tersebut.

Aktres itu hanya meluahkan kesedihannya yang mendalam atas pemergian kekasihnya itu dan meminta orang ramai untuk memberikan dia sedikit ruang privasi.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan