Ashley Greene Ganti Anna Kendrick Dalam 'Wish I Were Here' - Berita Hiburan | mStar

Ashley Greene Ganti Anna Kendrick Dalam 'Wish I Were Here'

Diterbitkan: Jumaat, 19 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Anna Kendrick
Anna Kendrick

PELAKON Anna Kendrick terpaksa melupakan projek filem Wish I Were Here kerana pertembungan jadual dengan penggambaran filem lain.

Pengarah dan penulis filem tersebut, Zach Braff berkata, pihaknya cuba untuk memujuk Kendrick namun perkara tersebut tidak dapat dielakkan kerana dia terlebih dahulu menandatangani kontrak dengan produksi filem lain.

"Kami sudah berusaha untuk mempertahankannya namun jadual dia sangat padat dan hal sebegini sudah menjadi lumrah dalam dunia filem," katanya seperti dipetik Digital Spy.

Braff mengakui agak kecewa namun berharap berpeluang bekerjasama dengan pelakon tersebut untuk projek akan datang.

"Kami sudah cuba merancang dengan sebaiknya dan saya sangat suka kerja Kendrick dan tidak sabar bekerja dengannya suatu hari nanti," katanya.

Sementara itu, Braff memilih aktres Ashley Greene sebagai pengganti untuk memainkan karakter Janine.

Pemilihan Ashley adalah kerana wanita tersebut mempunyai karakter peribadi yang menarik, cantik serta lucu.

Wish I Was Were akan dilancarkan pada September tahun depan. Ia turut dibintangi oleh Joey King, Kate Hudson dan Josh Gad.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan