Astro Sedia 119 Program Menarik Sempena Aidilfitri

Diterbitkan: Khamis, 18 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Khairul Anwar (empat dari kanan) pada majlis berbuka puasa bersama media dan artis-artis yang memeriahkan majlis memperkenalkan program Hari Raya Aidil Fitri di Astro. -foto THE STAR/Ricky Lai
Khairul Anwar (empat dari kanan) pada majlis berbuka puasa bersama media dan artis-artis yang memeriahkan majlis memperkenalkan program Hari Raya Aidil Fitri di Astro. -foto THE STAR/Ricky Lai

KUALA LUMPUR: Bersempena dengan kedatangan bulan Syawal pihak Astro bakal menghimpunkan 119 buah program menarik termasuk 37 rancangan terbaharu di 10 buah saluran Melayu Astro yang terpilih.

Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, susunan program terbaik di saluran tersebut dipilih mengikut selera semua penonton yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

"Pelanggan Astro terdiri daripada pelbagai latar belakang dan 119 program yang dihidangkan kepada penonton menepati selera semua golongan bersempena Syawal nanti," katanya pada sidang media yang diadakan di Hotel Hilton di sini, Rabu.

Turut diadakan majlis berbuka puasa bersama media dan artis-artis yang memeriahkan majlis memperkenalkan program Hari Raya Aidilfitri di Astro.

Dalam perkembangan sama, Khairul Anwar berkata, program-program yang bakal dihidangkan menepati tema kempen tahun ini iaitu 'Eratkan Jalinan - Satu Ikatan, Ribuan Kemungkinan' dengan himpunan pelbagai genre berbeza seperti telefilem, komedi, muzikal, konsert, majalah, hiburan, drama dan sebagainya.

Katanya, perancangan rapi telah dilakukan bagi meneruskan kesinambungan kemeriahan program-program hebat yang ditayangkan sepanjang Ramadan berterusan pada Hari Raya Aidilfitri.

"Bukan sahaja program dari pelbagai genre tetapi juga dalam bentuk definisi tinggi selain banyak lagi program yang akan disusun untuk siaran secara berselang seli tanpa henti bagi tontonan seisi keluarga pada musim perayaan nanti," jelasnya.

Sepuluh saluran yang bakal menyiarkan program terbaik itu adalah Astro Ria (104), Astro Prima (105), Astro Oasis (106), Astro Citra (131), Astro Warna (132), Astro Ceria (611), Bintang (141) dan Pelangi (142).

Astro turut menyiarkan program-program menarik dalam definisi tinggi menerusi saluran Mustika HD (134) dan Maya HD (135).

Sementara itu, Khairul berkata, bersempena musim perayaan ini juga Astro turut melancarkan Astro First Eksklusif iaitu produk filem premium yang dihasilkan khas setanding dengan karya-karya yang ditayangkan di pawagam.

"Kami percaya Astro First Eksklusif bakal diterima baik terutamanya oleh penonton yang mementingkan kualiti dan sentiasa menantikan persembahan karya lain daripada yang lain," jelasnya.

Antara program menarik bakal menemui penonton seperti Malam Raya (Astro Ria), Meletop Raya (Astro Ria), Primadona Khas Raya (Astro Prima), Tanah Kubur Istimewa Raya (Astro Oasis), Rabak Raya (Astro Warna) dan Lawak Ker Der 2 (Astro Warna)

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan