Ashraf Muslim Dijangka Fail Poligami

Diterbitkan: Rabu, 17 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ashraf Muslim.
Ashraf Muslim.

PETALING JAYA: Pelakon dan pengamal perubatan Islam, Ashraf Muslim dijangka akan memfailkan permohonan berpoligami di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, pada Rabu.

Akhbar Berita Harian melaporkan, Ashraf, 32, membuat permohonan itu bagi mendapatkan kebenaran mahkamah untuk berkahwin lagi selepas perkahwinan pertamanya dengan Noor Dayana Lokman, 26, tiga tahun lalu.

Sebelum ini, media pernah melaporkan pelakon itu mengakui ada masalah dalam hubungannya dengan isteri tetapi menepis dakwaan dia ingin berkahwin dua dengan izin isterinya itu.

Bagaimanapun pada pertengahan Jun lalu, dia didakwa mengambil borang permohonan untuk berpoligami.

Ashraf dan Noor Dayana yang juga anak kepada pengasas Pusat Perubatan Islam Al Hidayah itu melangsungkan pernikahan di Mekah pada 30 Ogos 2011.

Dalam perkembangan sama, media sebelum ini turut melaporkan Ashraf ingin berpoligami selepas seorang wanita yang dikenali sebagai Sakinah mengakui menjalin hubungan dengan pelakon itu.

Wanita tersebut turut mendakwa mengenali Noor Dayana serta reda jika terpaksa bermadu.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan