Hugh Jackman Dedah Rahsia Miliki Perkahwinan Bahagia

Diterbitkan: Isnin, 15 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hugh Jackman
Hugh Jackman

AKTOR Hugh Jackman mendedahkan dia cukup bersyukur apabila masih lagi bertahan dalam perkahwinannya yang sudahpun menjangkau 17 tahun.

Menurut laporan portal Dailymail bintang filem Real Steel itu menyifatkan sentiasa berkelakuan romantis terhadap isterinya, Deborra-Lee Furness, hari mampu mengukuhkan lagi perkahwinannya.

"Saya selalu buat kejutan. Itu sebab saya seorang yang romantis. Sebagai contoh saya akan memberikan bunga kepada isteri setiap hari Selasa.

"Tetapi apa gunanya ia dilakukan secara rutin sedangkan dalam rumah tangga terlalu banyak rutin sama yang kami buat. Jadi adakalanya kejutan itu perlu diubah," katanya.

Tambah Hugh, dia tidak akan berjauhan dengan keluarganya lebih daripada dua minggu dan itu adalah janjinya kepada isteri.

Dalam pada itu, dia dan isterinya sering berbincang setiap kali berlaku perkara-perkara yang buruk atau baik dalam keluarganya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan