Jessica Simpson Berparti Selepas Bersalin

Diterbitkan: Sabtu, 13 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SELEPAS melahirkan anak kedua bernama Ace Knute Johnson, pada 30 Jun 2013, Jessica Simpson dikhabarkan sudah keluar dari Hospital Cedars-Sinai, Los Angeles, Amerika Syarikat pada Rabu lalu.

Bagaimanapun, menurut laporan E!Online, penyanyi itu yang bersalin secara pembedahan itu terus berparti bagi menyambut hari lahirnya yang ke-33 sejurus selepas pulang ke kediamannya.

"Jika wanita yang baru lepas bersalin terutamanya bagi yang menjalani pembedahan, mereka perlu berehat dalam tempoh masa yang lama. Tetapi lain pula buat Jessica, dia tidak sabar mahu menyambut hari kelahirannya," kata sumber.

Jessica telah hamil anak kedua itu selepas tujuh bulan dia melahirkan anak sulungnya, Maxwell Dre Johnson.

Terdahulu Jessica dan Eric telah menunda pernikahan mereka selepas mendapat tahu Jessica hamil anak pertama. Namun, belum sempat merancang perkahwinan mereka, impian pasangan itu sekali lagi terpaksa ditunda selepas kehamilan anak kedua.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan